Resepi Stir Fry Ayam Dan Brokoli | Stir-Fried Chicken And Broccoli Recipe | Seismik Makan

Hasilkan hidangan Stir-Fry Ayam Dan Brokoli ini. Bukan sahaja ia sihat dan ringkas, malah hanya menggunakan bajet yang sangat rendah. Kesemua bahan yang digunakan juga merupakan bahan asas yang biasanya boleh didapati di dapur rumah anda.

---

RESIPI PENUH:


Bahan-bahan
- Minyak masak secukupnya
- 1 ulas bawang putih (Dicincang)
- 1 biji bawang merah (dipotong dadu)
- 800 gram ayam kisar
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap cair
- 1/2 cawan brokoli (Dipotong kecil)
- 1/2 batang lobak merah (dipotong dadu)
- 1 biji cili merah (Dihiris)
- lada hitam secukup rasa
- garam secukup rasa

Cara
1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumiskan sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam kisar dan goreng sehingga keperangan.
3. Masukkan lobak merah, cili merah dan brokoli.
4. Masukkan sos tiram, kicap cair, garam dan lada hitam. Gorengkan seketika.
5. Stir-fry ayam dan brokoli siap untuk dinikmati bersama nasi putih panas dan telur mata kerbau!

---

Muzik:
marmosetmusic.com

Kru:
Producer - Ihsan Ihsani
Chef - Sarah Mokthar
Videographer & Editor - Shin Ling Eyu

---

Dapatkan pelbagai lagi resipi-resipi lazat & ringkas di sini:
'Like' kami di Facebook: https://bit.ly/smakanfb
'Follow' kami di Instagram: http://bit.ly/smakaninsta

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Stir Fry Ayam Dan Brokoli | Stir-Fried Chicken And Broccoli Recipe | Seismik Makan

Seismik Makan

Senarai Video

Kongsi video ini ke: