Projek Kelas Live
Belajar semasa pandemik Covid
Inisiatif Bersama Guru dan Ibu Bapa .

Kelas.Live ini dibina untuk mengumpulkan bahan pembelajaran dan pendidikan di Malaysia supaya mudah dicari, diakses dan disampaikan kepada semua orang secara percuma. Ini adalah hasil kerjasama guru dan ibu bapa yang mengambil berat tentang pendidikan pelajar dan anak-anak di Malaysia. Portal ini diharapkan dapat membantu dalam mengumpul dan menyampaikan ilmu dalam usaha meneruskan pendidikan untuk semua walaupun sesi persekolahan banyak terjejas disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Pendidikan untuk Semua
Education for All
民教育
அனகும் க்ி
Pinsingilaan id tinimungan
Belajar bergerepung

Portal ini berfungsi sebagai perpustakaan video dan bahan pendidikan, penghargaan utama harus diberikan kepada semua 'content creator' yang menghasilkan video-video serta bahan-bahan untuk digunakan oleh semua. Terima Kasih diucapkan.

Video-video dan Live adalah dihasilkan oleh guru-guru dan pelbagai pihak. Platform ini hanya mengindek dan 'embed' video tersebut. Jadi platform ini tidak menjejaskan jumlah 'view' dan juga pendapatan pengiklanan video. Setiap tontonan akan tetap diambil kira oleh YouTube. Berikan penghargaan kepada 'content creator' ini dengan Subscribe pada channel mereka.

Rujuk halaman Video dan Live untuk senarai video terkini. Gunakan halaman Hantar untuk kongsikan video YouTube ke portal ini.


Soalan Lazim


Kenapa portal ini diwujudkan?

Ramai rakyat Malaysia terutamanya guru-guru menghasilkan video pendidikan, tetapi hanya dikongsikan dalam komuniti tertentu sahaja seperti group Facebook, Telegram, Whatsapp dan sebagainya. Portal ini berfungsi mengumpulkan semua bahan, supaya ia mudah dicari, ditonton berulang-kali. Keputusan carian bahan juga hanya terhad kepada bahan yang dihantar sahaja, tidak bercampur dengan bahan-bahan yang luar dari Malaysia.

Dari manakah kandungan portal ini diperolehi?

Video dihantar oleh pemilik video, guru, ibu bapa atau individu yang berminat untuk senaraikan kandungan ke portal ini. Tidak semestinya pemilik video sahaja, orang lain juga boleh menghantar mana-mana link video yang sesuai.

Apakah jenis video yang ada dalam portal ini?

Fokus utama ialah akademik. Jadi pengguna boleh cari video pendidikan menggunakan keyword nama subjek atau topik. Selain itu, ada juga video tutorial berkaitan kemahiran teknologi dan multimedia, terutamanya untuk membantu guru-guru hasilkan video pendidikan.

Sebagai bahan tambahan, portal juga menyenaraikan koleksi resipi masakan Malaysia, anda hanya perlu taip nama masakan atau bahan resipi yang ingin dicuba.

Bagaimana portal ini membantu pemilik video?

Setiap video yang diterima, portal akan hantar maklumat video kepada Google, Bing dan enjin carian yang lain untuk di-indeks (menggunakan kelebihan SEO). Dengan cara ini, video anda akan lebih mudah ditemui oleh pengguna.

Lihat senarai video yang sudah di-indeks di sini

Bagaimana portal ini membantu guru-guru?

Guru-guru boleh gunakan bahan sebagai rujukan atau bahan tambahan untuk kelas. Butang "Share" terus ke Google Classroom juga disediakan. Bahan-bahan pula boleh terus dicari dengan mudah menggunakan gabungan keyword nama subjek, topik, bab, kelas atau tingkatan. Contohnya "biologi bab 4 tingkatan 5"

Bagaimana portal ini membantu pengguna / pelajar?

Portal ini menggunakan kelebihan enjin carian Google sebagai fungsi 'Search'. Ini sangat membantu jika pengguna mencari sesuatu video, walaupun keyword yang digunakan kurang tetap, Google tetap dapat mencari bahan-bahan yang mungkin hampir sama dengan keyword.

Hasil carian pula telah ditapis, bahan daripada Malaysia sahaja.

Video daripada platform mana yang diterima?

Buat masa ini, portal hanya dapat proses video daripada YouTube. Integrasi dengan portal lain seperti Facebook akan dibangunkan di masa hadapan.

Siapa yang boleh hantar bahan ke portal ini?

Semua. Sesiapa sahaja, sama ada anda menghasilkan video, atau anda jumpa yang sesuai, boleh hantar ke portal ini. Team portal akan reviu terlebih dahulu sebelum ia disenaraikan.

Apakah topik atau jenis video yang diterima?

Video berkaitan silibus akademik. Video tutorial kemahiran teknologi, multimedia, masakan dan lain-lain yang dirasakan berkaitan dengan 'perkongsian ilmu'.

Adakah portal terima video yang berstatus 'Private'?

TIDAK. Portal hanya boleh senaraikan video yang boleh diakses secara Public.

Adakah portal akan senaraikan video yang fungsi 'Embed' sudah ditutup?

YA. Portal tetap akan terus senaraikan video tersebut sebagai membantu pemilik video ditemui oleh pengguna yang mencari bahan.

Adakah bagus menutup fungsi 'Embed' video, sebagai pemilik video?

Apabila menutup fungsi embed, pengguna terpaksa layari laman penuh YouTube. Ini mungkin akan mengurangkan minat sesetengah penonton. Ada beberapa kekurangan apabila menutup fungsi embed, antaranya:

  • - Google tidak senaraikan / akan buang daripada halaman senarai atas hasil carian video yang mempunyai thumbnail.
  • - Akan membebankan penonton dengan talian internet lemah kerana perlu buka laman penuh / aplikasi YouTube, akan paparkan thumbnail daripada banyak video.
  • - Tiada kiraan View dan Iklan yang diterima daripada laman web yang embed, seperti portal ini.
  • - Penonton / pelajar menjadi tidak fokus kerana ada banyak 'Related', 'Suggested' video dilaman penuh YouTube, termasuk juga video yang tiada kaitan dengan topik video yang ditonton.

Adakah portal ini menjejaskan jumlah View dan pendapatan iklan pemilik video?

TIDAK. Dengan senaraikan video ke portal ini dan carian Google, portal ini sebaliknya membantu menambahkan jumlah View dan Iklan pemilik video. Walaupun video embed ke dalam portal ini, YouTube tetap mengira jumlah view dah iklan pemilik video seperti biasa. Tiada perkongsian pendapatan daripada iklan video yang pihak Kelas.Live akan dapat. Rujuk YouTube Help.

Adakah berlaku pelanggaran hakcipta?

TIDAK. Portal ini hanya senaraikan (mengindeks) video yang 'Public' dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja di YouTube. Pihak portal tidak memuat-naik semula (re-upload) video. Jika ada video yang tersenarai adalah hasil muat-naik semula, itu tanggungjawab pemilik channel tersebut.

Adakah portal ini percuma atau berbayar?

Semua kandungan portal ini boleh diakses secara percuma.

Siapa yang membiayai portal ini?

Portal ini dibangunkan dan beroperasi sepenuhnya menggunakan dana peribadi team yang terlibat (duit poket sendiri 😉)

Apakah fungsi Login akaun di portal ini?

Akaun diperlukan untuk menghantar bahan bagi mengelakkan 'spam bot'. Di masa hadapan juga, beberapa fungsi baru akan diperkenalkan dan sesetengahnya memerlukan Login akaun pengguna.

Adakah maklumat saya selamat di portal ini?

YA. Portal ini hanya menyimpan alamat email sebagai login dan pengesahan akaun. Nama pengguna adalah tidak wajib menggunakan nama sebenar. Katalaluan pula disimpan dengan enkripsi tahap tinggi, pihak pembangun portal juga tidak dapat melihat katalaluan pengguna.

Mesej

Jika ada sebarang cadangan atau ingin melaporkan kandungan video yang tidak sesuai dalam platform ini, sila hantar mesej kepada kami.

Team Projek Kelas.Live

Gandingan Guru & Ibu Bapa

  • Haiqal

    Cikgu Haiqal

    Pembangunan sistem dan pangkalan data.
  • Umaira

    Puan Umaira

    Pengurusan kandungan dan pengkategorian.
  • Sage

    Mr. Sage

    Pembangunan antaramuka portal.
  • Zubair

    Cikgu Zubair

    Tapisan kandungan pengurusan laporan pengguna.