Tahap I (2022) | Sains (Tahun 1): Jenis Dan Kandungan Tanah

Tajuk: Sains (Tahun 1): Jenis Dan Kandungan Tanah
Guru: Suwaibah Binti Abdullah
Episod ini berkisarkan mengenai tanah di mana ia akan berfokuskan kepada aktiviti pembelajaran bagi mengenal pasti jenis tanah dan kandungan yang terdapat dalam setiap jenis tanah. Murid akan dibimbing untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan tanah. Aktiviti -aktiviti stesen akan dijalankan bagi mengenal pasti jenis tanah bagi sesuatu kawasan seperti kawasan kebun terdapat jenis tanah kebun, stesen 2 kawasan pantai terdapatnya pasir dan seterusnya stesen 3 kawasan sawah padi, di mana adanya tanah liat. Peta minda digunakan untuk murid melengkapkan jenis-jenis tanah tersebut.
Seterusnya bagi sub topik Kandungan Tanah murid akan dibawa untuk menyelesaikan persoalan, apakah kandungan yang terdapat dalam sesuatu jenis tanah seperti ranting kayu, daun, batu, pasir dan haiwan kecil dengan menjalankan penyiasatan. Bahan dan peralatan seperti sampel jenis tanah sebenar, forsep, kanta pembesar dan jadual untuk merekod disediakan bagi tujuan penyiasatan tersebut. Murid juga akan dibimbing untuk membuat perbandingan antara dua jenis tanah iaitu tanah kebun dan pasir. Kemahiran merekodkan hasil penyiasatan turut diterapkan dan berdasar data yang diperolehi, dapat membantu murid membuat kesimpulan. Kaedah main peranan, penerangan, perbincangan, soal jawab dan aktiviti hands on akan dilaksanakan sepanjang proses pembelajaran ini. Di samping itu konsep didik hibur turut diterapkan iaitu melalui lakonan dan nyanyian. Selain itu unsur-unsur Kbat, sikap saintifik dan nilai murni akan diterapkan secara langsung atau tidak langsung.

#DidikTV #TahapI

Video thumbnail

Thumbnail: Tahap I (2022) | Sains (Tahun 1): Jenis Dan Kandungan Tanah

ntv7malaysia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: