Resepi Homemade Oden | Seismik Makan

Cara Menghasilkan Oden Family Mart Homemade Menggunakan 2 Pes Murah Saja. Rasa Macam Ori!

Sebenarnya nak buat kat rumah senang je! Anda hanya memerlukan pes asam pedas dan pes tom yam untuk membuat sup oden, yang boleh dinikmati bersama sebanyak oden yang anda boleh makan!

Dengan bahan-bahan yang murah-murah belaka, anda boleh menikmati hidangan Oden bersama satu keluarga dengan menggunakan modal yang kecil sahaja.
.
.
.
RESEPI PENUH

Bahan-bahan

2 sudu besar pes asam pedas
3 sudu besar pes tom yam
Bahan-bahan oden (sebanyak mana mengikut citarasa sendiri)
Udon (optional)
Lidi kayu

Cara
1. Dalam periuk, masukkan air sehingga separuh penuh. Masukkan 2 sudu besar pes asam pedas dan 3 sudu besar pes tom yam. Renehkan.
2. Cucuk bahan-bahan oden menggunakan bahan lidi.
3. Masukkan bahan-bahan lidi yang telah dicucuk ke dalam sup, dan renehkan sehingga masak.
4. Oden Homemade sudahpun siap! Anda boleh menikmatinya bersama mee Udon supaya hidangan lebih mengenyangkan!
.
.
Kredit

Muzik:
artist.io

Kru:
Producers - Aisya Khairain, Ihsan Ihsani
Videographer & Editor - Shin Ling Eyu

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Homemade Oden | Seismik Makan

Seismik Makan

Senarai Video

Kongsi video ini ke: