Ayam Tandoori Guna Air Fryer

Terbayang-bayang kelazatan ayam tandoori dinikmati bersama roti nan.

BAHAN-BAHAN:
3 Ketul ayam whole leg dikelar sedikit
3 tangkai daun pudina
3 tangkai daun ketumbar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 biji bawang besar

1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk kunyit

1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar lada hitam

1 biji lemon (diambil jusnya)
1 cawan yogurt perisa asli
Garam secukupnya
½ sudu the pewarna merah

CARA MEMBUATNYA:
1) Sediakan ayam, kisar lumat daun ketumbar, daun pudina, bawang besar, bawang putih dan halia. Tuangkan ke dalam ayam.
2) Seterusnya masukkan serbuk cili, rempah kari dan serbuk kunyit.
3) Masukkan pula yogurt diikuti campuran jintan manis, ketumbar dan lada hitam yang telah dikisar terlebih dahulu.
4) Masukkan juga jus lemon, garam dan pewarna merah. Gaul rata pada ayam.
5) Perap semalaman atau 4 jam.
6) Akhir sekali, panggang menggunakan air fryer pada suhu 180celcius selama 20minit. Selepas 10 minit pertama, periksa keadaan ayam dan sapukan minyak diatasnya.

#rasahare #MajalahRasa #tip #petua #resipi #recipe #resepi #foodhacks #foodporn #homemade #ayamtandoori #airfryer #resipiairfryer #resepiairfryer
@philips_my

Video thumbnail

Thumbnail: Ayam Tandoori Guna Air Fryer

Majalah Rasa

Senarai Video

Kongsi video ini ke: