Al-Qur’an adalah Kalam Allah S.W.T. yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. sebagai risalah Tuhan Yang Maha Agung dan berperanan menjadi pedoman dan memberi peringatan kepada seluruh umat manusia..Di dalamnya banyak menceritakan hal-hal merangkumi semua aspek kehidupan termasuk peristiwa yang telah berlaku dan bakal berlaku untuk diambil iktibar serta pengajaran bagi umat manusia.
Menerusi Wacana Ilmiah Akademi Youtuber kali ini akan membicarakan mengenai surah Al Ankabut di mana Allah memberikan peringatan bahwa orang-orang yang mengaku beriman kepada Allah ini tidak akan luput dari cubaan. Cubaan ini adalah ujian keimanan. Ianya sebagai saringan untuk membezakan di antara iman yang sejati, yang tulus suci dengan iman yang rekaan dan penuh kepalsuan.
Turut dibincangkan nanti tentang perjuangan dari nabi-nabi terdahulu untuk menunjukkan contoh bahwa sesebuah perjuangan itu jalannya bukanlah mudah dan lancar. Ianya memerlukan kesungguhan dan iman yang kuat kepada Yang Maha Pencipta. Maka dapatlah disimpulkan bahwa Surah Al Ankabut ini akan menerangkan tentang kepemimpinan yang padat tentang iman dan perjuangan.
WACANA ILMIAH : MENYINGKAP RAHSIA 30 JUZUK AL QURAN – SERAPUH RUMAH ANKABUT #22
Tarikh : 07/08/2021 ( Sabtu )
Masa : 11.00 pagi-12.00 tengah hari.
Penyelaras Program : Ustazah Salina binti Salleh
Sekolah : SMK Tanjong Bunga Pasir Mas, Kelantan
Link CYT: https://youtube.com/channelustazahsally
Presenter : Ustazah Saliza binti Zainol
Sekolah : SMK Tasek Gelugor Pulau Pinang
Link CYT : https://youtube.com/ustazahsalizazainol
Moderator : Ustazah Samsiah binti Said
Sekolah : SMK Felda Seri Sendayan,Negeri Sembilan.
Link CYT : http://youtube.com/SamsiahSaid
Control Host : Ustaz Asyraf bin Ismail
Sekolah :SMK Bandar Kerayong, Bera, Pahang.
Link CYT : https://www.youtube.com/c/Mrasyraf21
Pegawai Pemerhati 1: Ustazah Norazlinda binti Abdul Aziz
Sekolah : SMK Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
Link CYT : https://youtube.com/PENDIDIKANISLAMKEHIDUPAN
Inisiatif :
www.akademiyoutuber.com
https://t.me/eDIDIKMalaysia
https://t.me/KelabGuruMalaysia
Thumbnail: WACANA ILMIAH : MENYINGKAP RAHSIA 30 JUZUK AL- QURAN – SERAPUH RUMAH ANKABUT#22