Tahap I (2022) | Sains (Tahun 2) - Pembiakan Dan Tumbesaran Manusia [R]
- ntv7malaysia
- 00:27:28
Tajuk: Sains (Tahun 2) - Pembiakan Dan Tumbesaran Manusia [R]
Guru: Suhaifi Md Saad
Episod ini membincangkan topik bagaimana cara manusia membiak, peringkat tumbesaran manusia dan perubahan yang dialami semasa tumbesaran manusia. Penyampai akan memberi contoh melalui slaid bahawa manusia membiak melalui cara melahirkan anak. Seterusnya, guru akan menerangkan peringkat-peringkat tumbesaran manusia melalui carta alir. Penyampai juga akan menerangkan perubahan dialami iaitu saiz, tinggi dan berat bertambah apabila usia bertambah melalui video dan kad perkataan. Untuk menjelaskan perubahan tumbesaran adalah berbeza di usia yang sama, penyampai akan menerangkan teknik dan menayangkan video melakukan aktiviti melakar tapak tangan, ukur tinggi dan berat 2 orang murid yang sama usianya.
#DidikTV #TahapI
Thumbnail: Tahap I (2022) | Sains (Tahun 2) - Pembiakan Dan Tumbesaran Manusia [R]