Pavlova | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resipi penuh Pavlova di: http://www.icookasia.com/pavlova-2/

Bahan untuk membuat base:

105g putih telur
150g gula kastor
¾ sudu kecil esen vanilla
½ sudu kecil cream of tartar
¾ sudu besar tepung jagung
Buah-buahan segar sebagai hiasan, seperti strawberry, peach, atau kiwi

Bahan membuat custard cream filling:

200g whipping cream
½ cawan susu segar
½ sudu kecil vanilla
1 biji kuning telur
33g gula kastor
13g tepung kastard
25g mentega

Cara membuat

1. Pukul putih telur dengan kelajuan sederhana, sehingga berbuih.

2. Masukkan gula kastor bersama cream of tartar ke dalam adunan, dan pukul dengan kelajuan yang tinggi.

3. Selepas itu, masukkan esen vanilla dan tepung jagung. pukul lagi adunan sehingga adunan sebati.

4. Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle no. 12. Paip adunan ke atas kertas parchment mengikut kreativiti sendiri.

5. Kemudian, bakar pada suhu 130°C selama 1jam 10minit, atau sehingga lapisan atasnya kering.

6. Biarkan ia sejuk di dalam oven.

7. Untuk membuat custard cream filling: Pukul whipping cream dengan kelajuan tinggi sehingga kembang. Jika ia tidak jatuh apabila bekas pemukul terbalikkan, bermakna ia telah siap dipukul. Simpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu.

8. Campurkan semua bahan-bahan didalam periuk, dan masak sehingga pekat dengan api yang sederhana.

9. Apabila pekat, sejukkan campuran kastard ini terlebih dahulu.

10. Kemudian, pukul sekejap campuran kastard bersama whipping cream tadi.

11. Akhir sekali, letakkan custard cream filling di atas base pavlova. Susun buah-buahan segar pilihan yang disukai di atas filling. Pavlova siap untuk dihidang.

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Pavlova | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: