Resepi Ayam Percik | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:03:47
Dapatkan resipi penuh Ayam Percik di: http://www.icookasia.com/ayam-percik/
Bahan-bahan
Ayam (1 ekor)
Bawang merah - dijadikan bawang goreng (10 ulas)
Minyak bawang goreng - untuk menumis
Santan (250ml)
Air asam jawa (50ml)
Belacan bakar (1 inci)
Bawang putih (7 ulas)
Halia (2 inci)
Serbuk cili (1 sudu kecil)
Gula (sedikit)
Garam (sedikit)
Daun pisang - untuk mengalas acuan pembakar
Cara membuat
1. Mula-mula, kisar hancur bawang putih bersama 1 inci daripada halia tersebut.
2. Manakala 1 inci halia lagi dihiris nipis dan digunakan untuk merebus ayam. Rebus ayam sehingga ayam empuk.
3. Apabila masak, keluarkan ayam dari air rebusan.
4. Untuk menyediakan kuah perciknya pula, kisar hancur bawang goreng bersama sedikit air. Ketepikan.
5. Panaskan minyak bawang goreng dan tumis halia serta bawang putih kisar tadi bersama dengan sedikit belacan.
6. Apabila naik bau, curahkan santan dan masukkan serbuk cili, bawang goreng, dan air asam jawa.
7. Perasakan dengan garam dan gula.
8. Kacau kuah percik ini di atas api yang perlahan. Ia perlu dikacau sentiasa sehinggalah menjadi pekat.
9. Kuah tersebut akan melekat pada senduk apabila telah benar-benar pekat. Apabila masak, perlahankan api seminimum mungkin dan biarkan sahaja kuah tersebut mereneh.
10. Seterusnya aturkan ayam rebus tadi, ke dalam acuan pembakar yang dialas daun pisang.
11. Senduk rata kuah percik ke atas ayam.
12. Bakar ayam ini di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius lebih kurang 15 ke 20 minit sehingga masak
13. Ayam percik sedia dihidang sebagai lauk bersama nasi atau boleh juga dimakan begitu sahaja. Selamat menjamu selera.
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Thumbnail: Resepi Ayam Percik | Try Masak | iCookAsia