Ayam Kong Pao | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:03:08
Dapatkan resepi penuh Ayam Kong Pao di: http://www.icookasia.com/ayam-kong-poh/
Bahan-bahan
400 gram dada ayam tanpa tulang dan tanpa kulit
3 sudu besar kacang panggang
8 -12 tangkai cili kering dipotong
3 sudu besar minyak
5 keping hirisan halia
2 ulas bawang putih – dipotong serong
1 batang daun bawang - dicincang
Bahan untuk perapan ialah:
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar cuka
1 sudu besar minyak
Bahan untuk sos pula:
1 1/2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar gula
1/4 sudu besar cuka hitam
2 sudu besar air
1 sudu besar tepung jagung
Cara-cara
1. Mula-mula campurkan ayam dengan bahan perapan iaitu tepung jagung, kicap cair, cuka dan minyak. Gaul rata dan perap selama 30 minit.
2. Sementara itu, sediakan bahan untuk sosnya, campurkan kicap cair, kicap pekat, gula, cuka hitam, air dan tepung jagung. Kacau rata dan ketepikan dahulu.
3. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan ayam yang telah diperap dan goreng sehingga 70% masak. Kemudian masukkan cili kering, bawang putih dan halia. Kacau sebentar.
4. Selepas itu, masukkan pula bahan sos yang telah dicampur tadi bersama kacang panggang dan garam. Kacau rata sehingga semua rasanya sebati.
5. Taburkan sedikit daun bawang dan ayam kung pao sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Thumbnail: Ayam Kong Pao | Try Masak | iCookAsia