BAB 10 PENEROKAAN ANGKASA LEPAS SAINS TINGKATAN 3

Perkembangan dalam Astronomi. Astronomi adalah bidang kajian tentang objek semula jadi di langit. Sumbangan ahli astronomi termasuklah Claudius Ptolemy. Beliau mencadangkan Bumi adalah pusat Sistem Suria. Beliau memperkenalkan model geosentrik yang menyatakan bahawa Bumi berada pegun pada pusat Sistem Suria dan semua objek seperti Matahari dan planet lain mengorbit mengelilingi Bumi dalam orbit yang membulat. Nicholas Copernicus memperkenalkan model heliosentrik. Beliau menyatakan bahawa Matahari berada pada pusat Sistem Suria dan dikelilingi oleh planet lain dalam orbit membulat. Bumi berputar pada paksinya. Johannes Kepler mengubah suai model heliosentrik Beliau menyatakan bahawa Matahari berada di pusat Sistem Suria dan semua planet beredar mengelilingi Matahari dalam orbit elips. Penerokaan Angkasa Lepas. Teleskop astronomi seperti teleskop radio, Teleskop Angkasa Hubble dan Spitzer digunakan untuk memerhatikan objek-objek angkasa lepas. Kapal angkasa yang membawa angkasawan telah dilancarkan ke angkasa lepas untuk memperoleh pelbagai maklumat. Kuar angkasa atau prob angkasa ialah kapal angkasa yang tidak membawa manusia. Contoh-contoh prob angkasa lepas ialah Voyager 2, Viking 1, Pioneer 10 dan Mariner 10, untuk mengumpul maklumat tentang Sistem Suria. Roket dan kapal angkasa ulang-alik digunakan untuk melancarkan objek-objek seperti kapal angkasa atau prob dan satelit. Roket tidak boleh digunakan berulang kali tetapi kapal angkasa ulang-alik boleh digunakan berulang kali. Satelit buatan manusia telah dilancarkan ke orbit tertentu untuk memainkan peranan dalam penderiaan jauh dalam bidang seperti pertanian dan geologi
#BAB10 #SAINSTINGKATAN3 #PENEROKAANANGKASALEPAS #AYU #PDPR

Video thumbnail

Thumbnail: BAB 10 PENEROKAAN ANGKASA LEPAS SAINS TINGKATAN 3

Cikgu Dess2020

Senarai Video

Kongsi video ini ke: