Resepi Nasi Impit | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:03:05
Dapatkan resepi penuh Nasi Impit di: http://www.icookasia.com/nasi-impit/
Bahan-bahan
1 cawan beras –dibasuh bersih
1 ½ cawan air
Daun pisang secukupnya
Kain untuk membungkus
Gunting
Tali
Cara membuat
1. Mula-mula, masukkan beras dan air ke dalam periuk, masak sehingga kembang.
2. Sementara itu, layurkan daun pisang di atas api supaya ia tidak keras ketika membungkus dan potong setiap hujungnya.
3. Setelah nasi masak, lecekkan semasa ia masih panas di dalam periuk.
4. Kemudian, letakkan ke dalam daun pisang. Bungkus dan mampatkan ia di dalam daun pisang tersebut. Selepas itu bungkuskan pula di dalam kain bersih dan diikat kemas. Biarkan semalaman, boleh juga ditindih menggunakan benda yang berat seperti lesung batu.
5. Nasi impit sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Thumbnail: Resepi Nasi Impit | Try Masak | iCookAsia