JAWI TAHUN 6 | INDAHNYA SENI KHAT RIQ'AH 2 | gurupendidikanIslamSK kitabantukita

Video matapelajaran JAWI
Pelajaran ke 6
Tajuk : INDAHNYA SENI KHAT RIQ'AH SIRI 2 (HURUF BERSAMBUNG)

Khat Riq’ah merupakan sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah (850 Hijrah).

Tujuan utama mereka mencipta khat ini ialah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan.

Riq’ah mengikut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis.

Ciri khusus khat ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat Nasakh.

Penggunaan khat Riq’ah dalam masyarakat kita lebih tertumpu kepada tulisan dan nota sahaja, berbanding khat Nasakh yang begitu meluas digunakan, khususnya dalam penerbitan buku, majalah dan akhbar.

Justeru, beberapa langkah telah diambil untuk menjadikan khat Riq’ah dipelajari oleh murid-murid di sekolah dan dapat digunakan dalam urusan harian, seperti urusan surat-menyurat, urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta dijadikan tajuk-tajuk besar di dalam akhbar.

Khat ini mempunyai ciri – cirinya yang tesendiri seperti
-bentuk hurufnya yang tegak dan kecil,
-kebanyakan huruf-hurufnya ditulis di atas garisan,
-boleh ditulis dengan cepat dan mempunyai sedikit sahaja kaedah,
-penulisannya agak mudah jika dibandingkan dengan khat Nasakh.

Ia dicipta oleh penulis khat Turki, Mumtaz Bek pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Khan (1280H). Khat ini adalah gabungan di antara ‘al- Diwani’ dan ‘Siyaqat’.

Dalam perkongsian kali ini, mari kita sama-sama teliti dan praktikkan cara penulisan huruf-huruf jawi bersambung mengikut kaedah tulisan khat riqah yang betul.

Latihan yang berterusan akan menjadikan kita lebih mahir dan dapat menguasai kaedah penulisannyanya dengan baik.

Semoga perkongsian kali ini dapat menambahkan lagi kefahaman dan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang kaedah penulisan sebenar, serta membantu murid-murid dan guru , juga buat semua yang ingin mempelajari salah satu seni penulisan khat yang indah ini. Selamat mencuba , semoga bermanfaat.

Video thumbnail

Thumbnail: JAWI TAHUN 6 | INDAHNYA SENI KHAT RIQ'AH 2 | gurupendidikanIslamSK kitabantukita

  • Pendidikan Islam
rohaizah mohamed sohor

Senarai Video

Kongsi video ini ke: