Resepi Lempeng | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:01:24
Inilah resepi 'pancake' versi tempatan! Resepi ini sangat mudah dan enak! Lempeng boleh dimakan dengan pelbagai juadah seperti inti kelapa, gulai atau hanya begitu sahaja! Jangan lupa untuk mencubanya!
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
½ sudu kecil garam
Sedikit minyak
Cara membuatnya:
1. Mula-mula, campurkan tepung gandum bersama air, dan garam. Kacau rata hingga sebati dan tepung tidak berketul. Adunan haruslah sedikit cair.
2. Kemudian panaskan sedikit minyak di dalam kuali, curahkan satu senduk adunan dan ratakannya.
3. Masak di atas api perlahan sehingga garing di kedua-dua bahagian depan dan belakang.
4. Apabila lempeng agak kekuningan, angkat dan lempeng sedia untuk dihidang bersama sambal tumis. Selamat mencuba!
Kunjungi website iCook Asia http://icookasia.com/my untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
#Lempeng #pancake #mudah
Thumbnail: Resepi Lempeng | iCookAsia