Air Katira Mudah dan Sedap | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:02:36
Air Katira sedap di minum musim panas ni. Walaupun banyak bahan diperlukan, tapi resipi ini sangat mudah dan pasti sedap. Jom cuba!
Bahan-bahan:
1.7 liter air
300ml Air Pandan
300gm Gula Pasir
15 biji Badam yang dikisar tanpa kulit
1 camca besar Katira (direndam semalaman)
10 biji Kembang Semangkuk (direndam semalaman, buangkan biji dan kulit)
1 sudu besar Biji Selasih (direndam dalam air masak hingga kembang)
1 tin Susu Cair
1 cawan rendaman Gula Batu (direndam semalaman)
1 cawan Ais Cream Soda
6-7 biji Kurma (dibuang biji dan dipotong dadu kecil)
1 camca besar Kismis (direndam dan dicincang halus)
1 mangkuk Agar-Agar
Cara membuat:
1. Masukkan air, air pandan dan gula kedalam periuk. Masak di atas api sederhana selama 5 minit. Jangan dikacau sehingga gula larut.
2. Sementara itu, campurkan katira, kembang semangkuk, biji selasih, susu cair, air rendaman gula batu, ais krem soda, kurma dan agar-agar.
3. Kacau sebati.
4. Setelah gula larut, masukkan serbuk badam dan masak sehingga sedikit pekat.
5. Kacau setiap 2 minit sahaja sehingga sedikit pekat dan biarkan sejuk.
6. Kemudian, campurkan dengan air gula dan kacau sebati.
7. Sejukkan sebentar di peti sejuk.
8. Tambahkan satu sudu kecil air mawar untuk aroma yang lebih enak.
Selamat mencuba!
Jom dapatkan barangan dapur di - https://shop.icookasia.com/
Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
----------------------------------------
for advertising inquiries, please email to: [email protected]
Thumbnail: Air Katira Mudah dan Sedap | iCookAsia