3 Resipi Sup Ringkas & Lazat | 3 Simple & Delicious Sup Recipes | Seismik Makan

Malas basuh pinggan? Cubalah hasilkan sup-sup ringkas dengan hanya menggunakan satu periuk. Sup-sup ini sangat sesuai untuk dinikmati pada hari hujan sejuk, ataupun untuk sesiapa yang sedang sakit demam selsema.

Penggunaan pelbagai sayur-sayuran segar bukan sahaja membuat sup-sup ini berasa lazat, malah ia juga sangat sihat untuk badan. Padu betul!
___

0:07 Sup ABC
0:50 Sup Udang Dan Bayam
1:17 Sup Ayam Macaroni
___

RESIPI PENUH

SUP ABC

- 2 MAGGI kiub pati ayam
- 400 gram isi ayam
- 8 cawan air
- 1 biji bawang kuning
- 2 ulas bawang putih
- 1 lobak merah (dipotong kiub)
- 2 biji kentang
- 1 batang jagung
- 2 biji tomato (dipotong kiub)
- Lada hitam (secukup rasa)

Cara:
1. Dalam periuk, panaskan minyak dan masakkan ketulan dada ayam sehinggan keperangan.
2. Masukkan 8 cawan air, kentang, lobak merah, bawang kuning, bawang putih, jagung dan 2 ketul MAGGI kiub pati ayam.
3. Renehkan sup selama 20 minit.
4. Masukkan buah tomato dan renehkan sup selama 5 minit.
5. Sup ABC siap untuk dinikmati bersama hirisan daun ketumbar.

SUP UDANG DAN BAYAM

Bahan-bahan:
- 2 MAGGI kiub pati ikan bilis
- 8 cawan air
- 1 bawang kuning
- 2 ulas bawang putih
- 200 gram udang
- 3 cawan bayam
- 1 cili merah

Cara:
1. Dalam periuk, masukkan 8 cawan air, bawang kuning, bawang putih, dan 2 MAGGI kiub pati ikan bilis.
2. Renehkan sehingga sup bergelegak.
3. Masukkan sayur bayam dan udang yang telah dikupas kulit.
4. Renehkan sehingga udang masak dan daun sayur bayam kecut.
5. Sup Udang & Bayam siap untuk dinikmati bersama hirisan cili merah.

SUP AYAM MACARONI

Bahan-bahan:
- 2 MAGGI kiub pati ayam
- 400 gram isi ayam
- 1 bawang kuning
- 1 ulas bawang putih
- 1 batang seleri
- 2 ikat sawi jepun
- 1 biji lobak merah
- 1 inci halia
- 1 cawan macaroni
- 8 cawan air
- Lada hitam (secukup rasa)

Cara:
1. Dalam periuk, panaskan minyak dan masakkan ketulan isi ayam sehingga keperangan.
2. Masukkan bawang kuning, bawang putih, seleri, halia dan lobak merah.
3. Masukkan 8 cawan air dan macaroni.
4. Masukkan 2 ketul MAGGI kiub pati ayam.
5. Renehkan selama 15 minit ataupun sehingga macaroni telahpun masak.
6. Masukkan sawi jepun.
7. Sup Ayam Macaroni Siap untuk dinikmati bersama daun ketumbar.

___

Muzik:
marmosetmusic.com

Kru:
Producer & Chef - Ihsan Ihsani
Videographer & Editor - Shin Ling Eyu

---

Dapatkan pelbagai lagi resipi-resipi lazat & ringkas di sini:
'Like' kami di Facebook: https://bit.ly/smakanfb
'Follow' kami di Instagram: http://bit.ly/smakaninsta

Video thumbnail

Thumbnail: 3 Resipi Sup Ringkas & Lazat | 3 Simple & Delicious Sup Recipes | Seismik Makan

Seismik Makan

Senarai Video

Kongsi video ini ke: