Resepi Stew Ayam, Cendawan & Kentang | Chicken, Mushroom & Potato Stew Recipe | Seismik Makan

Resepi Stew Ayam, Cendawan & Kentang ini menggunakan pelbagai bahan segar yang sihat untuk badan dan juga akan menghasilkan kuah likat yang berasa cukup kaw sekali. Dengan penggunaan minyak bijan, hidangan ini pasti akan meresapkan rumah anda dengan aroma wangi yang kuat yang pasti akan manggamit selera sesiapa sahaja!

Boleh dimakan dengan pelbagai cara, anda boleh menikmati Stew Ayam ini dengan sepinggan nasi putih panas, dicicah dengan roti, ataupun dimakan saja. Yang mana-mana pun memang ngam punya!

-----

Dapatkan pelbagai lagi resipi-resipi lazat & ringkas di sini:
'Like' kami di Facebook: https://bit.ly/smakanfb
'Follow' kami di Instagram: http://bit.ly/smakaninsta

-----

RESEPI PENUH

Bahan-bahan

500 g ayam (Dipotong kecil)
5 biji bawang merah (Dihiris)
2 ulas bawang putih (Dihiris)
1 inci halia (Dihiris)
2 biji cili merah (Dihiris)
1 batang lobak merah (Dipotong kecil)
1 cawan tomato ceri
2 sudu makan minyak
Cendawan butang
1 biji kentang
½ cawan air
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh minyak bijan
Lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara

1. Dalam periuk yang telah dipanaskan, masukkan minyak, bawang merah, bawang putih, cili merah dan lobak merah. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan goreng sehingga bertukar warna perang.
3. Masukkan cendawan, kentang, tomato ceri dan air tepung jagung. Renehkan seketika.
4. Masukkan garam, lada hitam dan minyak bijan. Renehkan sehingga ayam masak dan kentang sudah empuk.
5. Stew Ayam Kentang & Cendawan siap untuk dinikmati bersama roti!

-----

Kredit

Muzik:
marmosetmusic.com

Kru:
Producer - Ihsan Ihsani
Chef - Ihsan Ihsani
Videographer & Editor - Shin Ling Eyu

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Stew Ayam, Cendawan & Kentang | Chicken, Mushroom & Potato Stew Recipe | Seismik Makan

Seismik Makan

Senarai Video

Kongsi video ini ke: