1 Minggu 1 Istilah | Qiamullail #02

Ralat: Saya ingin memohon maaf di atas kesilapan menyebut bilangan ayat Surah As-Sajadah, sebenarnya ayat 16 bukannya ayat 116.

Maksud qiamullail dari segi istilah ialah bangun malam, mengerjakan ibadat-ibadat seperti solat sunat, berzikir,membaca al-Quran, beriktikaf dan sebagainya.
Sabda Rasulullah SAW:

Hendaklah kamu berqiamullail (bertahajjud) kerana ia merupakan perjalanan orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya qiamullail mendekatkan kamu kepada Allah, menghalang melakukan dosa, kifarah di atas kejahatan dan mencegah penyakit daripada badan.
Amalan qiamullail bukanlah satu perkara baru, bahkan ianya merupakan ibadat yang sudah menjadi darah daging atau amalan para rasul, nabi-nabi, orang soleh dan alim ulama sejak dari dahulu lagi.
Daripada Aisyah r.a yang berbunyi:

“Bahawa Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersembahyang hingga bengkak kedua kakinya, maka aku (Aisyah) berkata kepada Baginda, mengapa Rasulullah SAW lakukan ini semua, bukankah dosa tuan telah diampunkan oleh Allah SWT sama ada yang terdahulu ataupun yang terkemudian? Baginda menjawab: Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur.”

(Hadis riwayat Muttafaq Alaih)
Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk melakukan qiamullail kerana banyak kelebihan yang dijanjikan-Nya.

Walaupun hukumnya ialah sunat, namun Islam meletakkan nilai qiamullail sangat tinggi dalam kehidupan manusia kerana ganjaran yang dikurniakan berbeza dengan ibadah lain.

ALLAH SWT berfirman: "Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." (Surah as-Sajadah, ayat 16)

Keutamaan qiamullail juga ada disebutkan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW.

Sabda baginda SAW: "Solat yang paling utama setelah solat fardu iaitu qiamullail atau solat pada tengah malam." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Perkataan qiamullail bermaksud menghidupkan malam iaitu dengan cara seperti solat dan membaca al-Quran.

Ramai yang menganggap qiamullail hanyalah solat selepas tidur.

Sebenarnya salah tanggapan itu kerana solat malam terbahagi kepada dua iaitu solat sebelum tidur dan solat selepas tidur.

Kedua-duanya tetap dipanggil qiamullail, namun solat selepas tidur ialah qiamullail yang termasuk dalam kategori tahajud.

Cuma solat yang dilakukan sebelum tidur itu kualitinya tidak sama seperti solat tahajud yang dilakukan selepas bangun daripada tidur.

Dalam hal itu, Rasulullah SAW terkenal dengan amalan qiamullail.

Bilakah waktu baginda SAW menunaikannya?

Rasulullah SAW bangun pada satu pertiga malam kerana pada waktu itu sebenarnya ALLAH SWT akan turun ke dunia untuk mendengar pengaduan dan doa hamba-hamba-Nya.

Itu merupakan saat terbaik untuk melakukan amal ibadah dan berdoa kepada ALLAH.

Tidak semua orang mampu melakukannya kerana asyik melayan lena masing-masing.

Jika tidak mampu, cubalah lakukan qiamullail sebelum tidur dan jadikan ia sebagai rutin harian kita.

Amalan qiamullail bukanlah satu perkara baru, bahkan ianya merupakan ibadat yang sudah menjadi darah daging atau amalan para rasul, nabi-nabi, orang soleh dan alim ulama sejak dari dahulu lagi.
Daripada Aisyah r.a yang berbunyi:

“Bahawa Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersembahyang hingga bengkak kedua kakinya, maka aku (Aisyah) berkata kepada Baginda, mengapa Rasulullah SAW lakukan ini semua, bukankah dosa tuan telah diampunkan oleh Allah SWT sama ada yang terdahulu ataupun yang terkemudian? Baginda menjawab: Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur.”

(Hadis riwayat Muttafaq Alaih)
Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk melakukan qiamullail kerana banyak kelebihan yang dijanjikan-Nya.

Walaupun hukumnya ialah sunat, namun Islam meletakkan nilai qiamullail sangat tinggi dalam kehidupan manusia kerana ganjaran yang dikurniakan berbeza dengan ibadah lain.

ALLAH SWT berfirman: "Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Seorang pun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." (Surah as-Sajadah, ayat 16)

Keutamaan qiamullail juga ada disebutkan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW.

Sabda baginda SAW: "Solat yang paling utama setelah solat fardu iaitu qiamullail atau solat pada tengah malam." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Perkataan qiamullail bermaksud menghidupkan malam iaitu dengan cara seperti solat dan membaca al-Quran.

Video thumbnail

Thumbnail: 1 Minggu 1 Istilah | Qiamullail #02

Ustazah Salina

Senarai Video

Kongsi video ini ke: