Kuih Pau Ayam | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resepi penuh Pau Ayam di: http://www.icookasia.com/kuih-pau-ayam/

Bahan-bahan untuk membuat pau:

1 pelepah daun pisang (tidak perlu dilayur.) – dipotong segi empat sama
500gram tepung pau @ tepung gandum
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder
6 sudu besar gula kastor -jika tidak menggunakan tepung pau, tambah 2 sudu besar gula
2 sudu besar lemak sayuran
2 sudu kecil bread softener
Secubit garam
1 cawan air suam

Bahan untuk intinya pula:

2 tangkai daun kari
2 biji bawang besar – dipotong dadu
500 gm isi ayam dipotong dadu
300 gm kentang – dipotong dadu
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
100 gm halia
1 ½ cawan air
¾ cawan serbuk kari daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
Satu cawan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara

1. Mula-mula sediakan adunan pau. Letakkan tepung di atas papan pencanai dan buat lubang di tengah, sementara itu campurkan air, yis, baking powder dan gula di dalam mangkuk, kacau sebati. Biarkan selama 5 minit. Selepas itu, masukkan garam dan lemak sayuran, kacau selama 1 minit.

2. Letakkan softener ke dalam tepung, diikuti campuran yis tadi. Kacau menggunakan tangan sehingga menjadi doh yang lembut, uli hingga menjadi doh yang nampak lembap dan tidak melekit. Perap selama 30minit.

3. Sementara menunggu doh pau diperap, sediakan inti ayam. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, serbuk kari daging, serbuk kunyit, minyak masak, garam dan gula ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus.Ketepikan dahulu.

4. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan daun kari, bersama bawang besar, kentang dan isi. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar, kacau hingga sebati dan biarkan ia mereneh dengan api sederhana selama 5 minit. Masukkan sedikit garam dan gula jika perlu. Biarkan ia mereneh lagi selama 5 minit. Tuangkan kedalam mangkuk dan sejukkan sebentar

5. Setelah adunan pau kembang, bentukkan ia bebola dengan timbangan berat 60gm setiap satu. Buat bebola sehingga habis semua doh.

6. Leperkan satu bebola doh tetapi pastikan bahagian tengah doh sedikit tebal dari bahagian tepi. Letakkan atas tapak tangan, dan letakkan satu sudu besar inti ayam di atasnya. Lipatkan semua bahagian tepi sehingga semuanya tertutup rapat, pastikan ia betul-betul rapat, pusing bahagian lipatan kebawah dan letakkan di atas pelapik daun pisang yang sudah dipotong segi empat.

7. Letakkan didalam bekas rak pengukus dan biarkan ia mengebang selama 40 minit (jika cuaca pada hari itu terlalu panas, 30 minit sudah mencukupi atau biar ia kembang menjadi dua kali ganda.)

8. Kemudian kukus selama 10-15 minit. Pastikan air betul-betul mendidih bagi memastikan kegebuannya. Pau ayam sedia untuk dihidang.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Kuih Pau Ayam | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: