Recipe Chicken Alfredo Pasta | Seismik Makan
- Seismik Makan
- 00:01:54
Resepi Chicken Alfredo Pasta ini sangat ringkas untuk dibuat dan hanya menggunakan 1 kuali sahaja. Nak kemas pun senang!
Kredit resepi: Seismik Makan
Bahan-bahan:
✅ 2 dada ayam
✅ Garam secukup rasa
✅ Lada hitam secukup rasa
✅ 3 ulas bawang putih
✅ 1 biji bawang kuning
✅ 1 cawan cendawan butang
✅ 1 cawan krim masak
✅ 1/2 cawan air rebusan pasta
✅ 1 genggam daun parsley
✅ 1/4 cawan keju parmesan
✅ 3/4 pek pasta fettuccine
Cara:
1. Perapkan 2 dada ayam dengan garam dan lada hitam secukupnya.
2. Panaskan kuali dan goreng ayam sehingga luarannya bertukar menjadi warna keperangan. Ketepikan.
3. Dalam kuali yang sama, masukkan 3 ulas bawang putih dan 1 biji bawang kuning yang telah dihiris nipis. Tumis sehingga wangi.
4. Masukkan 1 cawan cendawan butang. Goreng sehingga cendawan masak.
5. Masukkan 1 cawan krim dan 1/2 cawan air rebusan pasta. Renehkan sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
6. Masukkan dada ayam, daun parsley dan 1/4 cawan keju parmesan.
7. Masukkan 3/4 pek pasta fettuccine yang telah direbus dan gaul sehingga kuah rata.
8. Chicken Alfredo Pasta sudahpun siap untuk dihidang!
-----
Kredit
Muzik:
artlist.io
Kru:
Producer - Ihsan Ihsani
Chef - Ihsan Ihsani
Videographer & Editor - Shin Ling Eyu
Thumbnail: Recipe Chicken Alfredo Pasta | Seismik Makan