Menengah Rendah (2022) | Bahasa Arab (Tingkatan 2): Lawatan Sambil Belajar ke Taman Haiwan
- ntv7malaysia
- 00:48:55
Tajuk: Bahasa Arab (Tingkatan 2): Lawatan Sambil Belajar ke Taman Haiwan
Guru: Haryati Adni
Episod ini dimulai dengan bunyi-bunyian suara binatang dan guru bersama anak murid tiba dengan bas di depan pintu zoo.Dan berlakulah perbualan ringkas. Segmen pertama guru memperlihatkan gambar kurang lengkap 3 binatang dan memperdengarkan 3 soalan teka teki dan meminta murid untuk menekanya. Segmen kedua guru akan menayangkan video dan ayat yang berkaitan gambar dengan menggunakan video gambar. Penekanan pertama adalah kemahiran mendengar ayat yang betul dari guru dan murid menyebut dan guru memperbetulkan sebutan murid. Bagi memudahkan ingatan dan sebutan guru mengulangi setiap ayat sebanyak 2 kali secara berlagu dan murid mengikutinya sambil dipaparkan ayat yang tidak berbaris .Kemudian diadakan aktiviti teka gambar dan ceritakan mengenainya secara lisan. Segmen seterusnya murid dipilih secara rawak untuk bersoal jawab tentang 2 gambar secara perbualan dua orang dan diberi penekanan terhadap sebutan yang betul bagi ayat tersebut.Pembelajaran ditutup dengan satu boria ayat-ayat yang dipelajari secara beramai-ramai.
#DidikTV #MenengahRendah
Thumbnail: Menengah Rendah (2022) | Bahasa Arab (Tingkatan 2): Lawatan Sambil Belajar ke Taman Haiwan