Daging Lada Hitam | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resipi penuh Daging Lada Hitam di: http://www.icookasia.com/daging-lada-hitam/

Bahan-bahan:

300 gram daging batang pinang,
1 biji lada benggala,
2 sudu besar sos lada hitam,
1 inci halia,
1 labu bawang besar,
5 ulas bawang putih,
1 sudu sos tiram,
1 sudu kecil lada hitam,
sedikit manisan,
garam,
dan minyak untuk menggoreng.

Cara membuat

1. Mula-mula, potong nipis daging dan potong kasar lada benggala.

2. Kemudian, ketuk bawang putih, potong nipis halia, dan potong bulat bawang besar. Bahan-bahan ini boleh juga dikisar jika suka.

3. Panaskan minyak dan goreng daging hingga garing.

4. Setelah itu, masukkan bawang putih, diikuti dengan halia.

5. Kacau hingga naik bau dan masukkan sos tiram. Kacau sebentar dan masukkan sos lada hitam.

6. Kemudian, masukkan sedikit air, kacau seketika dan masukkan lada hitam diikuti dengan manisan.

7. Kacau lagi hingga manisan cair.

8. Selepas itu, masukkan bawang besar dan kacau hingga kuah sedikit kering.

9. Akhir sekali, masukkan lada benggala, kacau hingga sebati dan daging lada hitam sedia untuk dihidang.

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Daging Lada Hitam | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: