Ikan Goreng Berlada | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:01:55
Dapatkan resipi penuh Ikan Goreng Berlada di: http://www.icookasia.com/ikan-goreng-berlada/
Bahan-bahan
2 ekor ikan kembung
2 ulas bawang merah
1 labu bawang besar dipotong bulat
2 biji cili merah
1 sudu besar cili boh
Sedikit air asam jawa
Sedikit kunyit
Sedikit garam
sedikit gula
Dan minyak untuk menggoreng.
Cara membuat
1. Cara-caranya, gaulkan ikan yang telah dibersihkan dengan garam dan kunyit, kemudian perap seketika.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan tadi. Balik-balikkan sehingga masak.
3. Setelah masak, asing dan toskan minyaknya. Ikan ini juga enak dimakan begitu sahaja.
4. Bagi sambal pula, tumbuk bawang merah yang dipotong kasar sehingga lumat diikuti dengan cili merah yang dipatah-patahkan.
5. Selepas itu, dalam kuali yang sama, panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dan kacau seketika.
6. Setelah itu, masukkan cili boh dan goreng sehingga pecah minyak.
7. Kemudian, masukkan sedikit gula. Kacau sehingga sebati dan masukkan air asam jawa.
8. Akhir sekali, masukkan ikan, gaul sehingga sebati dan sedia untuk dihidang.
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Thumbnail: Ikan Goreng Berlada | Try Masak | iCookAsia