Bab 1 Asas Perakaunan Kewangan Perakauan STPM Sem 1

Berkongsi video yang berkaitan subjek perakaunan STPM sem 1 ini adalah bertujuan untuk membantu guru dan pelajar tingkatan 6/calon-calon STPM sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Nota topik yang disediakan adalah ringkas, padat dan senang diulangkaji, amat sesuai bagi palajar-pelajar tingkatan 6/calon-calon STPM menguasai topik-topik yang wajib dengan lebih mudah. Nota yang disediakan telah merangkumi semua subtopik yang perlu dipelajari mengikut silibus yang ditetapkan. Nota yang interaktif dan berwarna-warni membolehkan pelajar lebih berfokus dan tidak rasa bosan untuk melihat dan membacakannya.



Bab 1 ini adalah asas bagi pelajar-pelajar yang baharu tamat peperiksaan SPM yang mengambil subjek prinsip perakaunan. Topik ini bukan sahaja sesuai untuk pelajar yang pernah mengambil subjek prinsip perakaunan sebagai ulangkaji, malahan ia boleh dianggap sebagai bahan utama bagi pelajar-pelajar yang tiada asas prinsip perakaunan atau tidak pernah mengambil subjek prinsip perakaunan SPM supaya dapat memberikan gambaran sejauh mana asas prinsip perakaunan yang perlu dipelajari.



Dengan bantuan nota video bab 1 ini bersama video " Quick and full revision for prinsip perakaunan SPM "

https://www.youtube.com/watch?v=RujfSkhnTKE
pelajar-pelajar yang tiada asas tentang perakaunan pun boleh memahami dan menguasai sedikit sebanyak cara mencatat/merekod dan gambaran apakah sebenarnya asas perakaunan kewangan. Ini dapat meringankan beban pelajar yang tidak ada arah tentang asas perakaunan dan susah mendapatkan buku rujukan atau nota dalam pasaran.



Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jika anda adalah pelajar yang betul-betul nak memahami tentang asas perakaunan kewangan atau mengulangkaji asas prinsip perakaunan. Video ini memang akan memberikan manfaat kepada anda jika anda membaca dan meneliti betul-betul. Selamat membaca dan semogo anda dapat lebih mahir dalam asas perakaunan kewangan.



Sharing the Form 6 - Accounting lessons, this is note for chapter 1 - basic for financial accounting. It's most suitable for the students who are weak in basic accounting and those are never learn accounting in SPM level before. Please read it carefully, sure the note can help you understand the chapter and basic better. Don't forget to watch another video entitled "Quick and full revision for prinsip perakaunan SPM " https://www.youtube.com/watch?v=RujfSkhnTKE
It can make you easy to understand the accounting concept and you may know the method to record the transactions correctly. Happy reading and learning. Learning is fun.

Video thumbnail

Thumbnail: Bab 1 Asas Perakaunan Kewangan Perakauan STPM Sem 1

  • STPM
  • Perakaunan
Mei Har Yee

Senarai Video

Kongsi video ini ke: