Kesenian (2022) | Tarian Gambus Padang Changkat [R]

Tajuk: Tarian Gambus Padang Changkat [R]
Guru: Suwaibah Binti Abdullah & Mohammad Azmi Bin Razali
Episod ini adalah mengenai eksplorasi seni bagi Tarian Gambus Padang Changkat Negeri Perak yang merupakan salah satu kesenian yang menjadi warisan kebanggaan negeri ini.. Dalam episod ini, guru akan berkongsi sejarah dan asal usul tarian gambus serta bagaimana tarian ini berkembang. Beberapa orang tokoh dan penggiat tarian ini akan turut diperkenalkan. Identiti tarian gambus seperti alat muzik yang dan nyanyian lagu yang mengiringi tarian ini turut akan dibincangkan. Penonton juga akan mendapat pendedahan tentang gerak langkah dan ragam yang terdapat dalam tarian gambus seperti ragam asas dan ragam-ragam yang telah dikembangkan. Penggunaan slaid, gambar dan video akan digunakan sebagai bahan bantu mengajar bagi menyokong penyampaian maklumat. Rujukan utama tentang tarian gambus diperolehi dari penggiat tarian ini iaitu Kumpulan Gambus Seri Warisan Pangjkat Changkat, Daerah Kuala Kangsar Perak dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak.

#DidikTV #Kesenian2022

Video thumbnail

Thumbnail: Kesenian (2022) | Tarian Gambus Padang Changkat [R]

ntv7malaysia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: