Resepi Ayam Goreng Berempah | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resipi penuh Ayam Goreng Berempah di: http://www.icookasia.com/ayam-goreng-berempah/

Bahan-bahan:

500 gram ayam
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
2 batang serai
1 sudu rempah kari
1 biji telur
1 cawan tepung beras
sedikit garam
sedikit gula
dan minyak untuk menggoreng

Cara membuat

1. Cara membuatnya, pertama sekali, potong serai, diikuti dengan bawang putih, bawang merah dan bawang besar.

2. Kemudian, kisar bahan-bahan tersebut hingga lumat. Setelah itu, masukkan gula, garam, telur dan rempah kari. Kisar lagi hingga semua bahan sebati.

3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi ke dalam mangkuk dan gaul sebati dengan tepung gandum.

4. Selepas itu, masukkan ayam, gaul rata ayam dengan rempah dan perap selama 1 jam.

5. Setelah itu, panaskan minyak dan goreng ayam tadi. Balik-balikkan hingga garing angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow iCookAsia:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Ayam Goreng Berempah | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: