Kenali BAHASA SENI VISUAL | Pendidikan Kesenian | PSV SK

#cikgubanner #cikgootube #senivisual
Bahasa Seni terbahagi kepada 2 iaitu Unsur Seni dan Prinsip Rekaan. Jom tonton video untuk melihat, mengetahui dan memahami dengan lebih lanjut, apa itu bahasa seni visual?
BAHASA SENI VISUAL
Unsur Seni Visual • Garisan •Warna •Jalinan •Rupa •Bentuk •Ruang
Prinsip Rekaan •Harmoni •Kontra •Penegasan •Kepelbagaian •Kesatuan •Imbangan •Ritma dan Pergerakan

UNSUR SENI
Terdapat enam unsur seni dalam pendidikan seni visual. Antaranya ialah garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. Tidak dinafikan keenam-enam unsur ini amat penting dalam penghasilan karya seni mahupun dari segi seni sentuhan ataupun seni tampak. Dalam sesebuah karya seni sekurang-kurangnya terdapat satu unsur seni.

Unsur-unsur seni
Garisan, Rupa, Bentuk, Jalinan, Ruang, Warna

Garisan merupakan cantuman titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak tertentu. Garisan memainkan peranan yang amat penting dalam mewujudkan rupa, bentuk, jalinan, pergerakan, ton dan corak. Garisan juga memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan perasaan seseorang dalam sesebuah karya.

Warna memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana yang tidak bosan. Warna dapat menunjukan perasaan seseorang pelukis semasa menggunakan jenis-jenis warna dalam penghasilan lukisan. Warna merupakan elemen yang amat penting dalam bidang seni visual. Warna terbahagi kepada :
1. Warna asas - merah, biru dan kuning
2. Warna sekunder - campuran dua warna sahaja daripada warna-warna asas
3. Warna tertiar - Warna Asas + Warna Sekunder = Warna Tertier
4. Warna harmoni - sekumpulan warna yang terletak sebelah- menyebelah dalam roda warna.

credit to : senivisual-gcpsvsmkbera.blogspot.com (carta)
credit to : Kementerian Pendidikan Malaysia (buku teks PSV Tahun 4)

Video thumbnail

Thumbnail: Kenali BAHASA SENI VISUAL | Pendidikan Kesenian | PSV SK

Cg Syukri Hassan

Senarai Video

Kongsi video ini ke: