1 Minggu 1 Istilah | Hasad #05
- Ustazah Salina
- 00:07:15
Menerangkan tentang istilah hasad dan beberapa perkara berkaitan dengannya.
Hasad berasal dari bahasa Arab yang bererti dengki, yang mana sering digabungkan menjadi hasad dengki dalam bahasa harian kita. Hasad dengki membawa maksud perasaan inginkan agar nikmat, kelebihan, kebolehan atau keistimewaan yang ada pada orang lain terhapus. Tetapi dia akan merasa gembira jika dia termasuk dalam kumpulan yang memperolehi kelebihan serta keistimewaan berkenan.
Hasad dengki dan ghibtah adalah dua perkara berbeza.
Hasad dengki terarah kepada keinginan dan perbuatan seseorang untuk mendapatkan nikmat sama dengan pelbagai cara. Pada masa sama, dia hendak individu yang didengkinya ‘jatuh’ serta ditarik nikmatnya.
“Ghibtah pula kita hendak dapatkan nikmat yang sama, tetapi tidaklah sampai berfikir mahu nikmat orang lain ditarik semula. Justeru, kalau kita hendak mencapai suatu kejayaan itu, gunakan cara yang dibenarkan syarak,”.
Seharusnya setiap daripada kita tidak perlu ada perasaan hasad dengki dan cemburu ini, Allah Taala berfirman dalam surah An Nisa ayat 32 yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS. An-Nisaa’: 32)
Justeru, hasad dengki adalah sifat mazmumah yang paling kerap melanda diri manusia. Hasad yang paling tercela ialah apabila ada yang berusaha menghilangkan nikmat pada orang yang dihasad. Dia berbuat sesuatu yang melampaui batas dengan perkataan dan juga melalui perbuatannya.
Rasulullah SAW bersabda: “Jauhilah hasad (dengki) kerana hasad akan menghapuskan kebaikan sepertimana api memakan kayu bakar.” (Riwayat Abu Dawud)
Berdasarkan hadis itu, perlu diingat agar umat Islam menjauhi penyakit rohani itu kerana amat merugikan diri. Bayangkan sebaik manapun kita, segala kebaikan yang dilakukan tadi akan ditelan begitu sahaja.
Thumbnail: 1 Minggu 1 Istilah | Hasad #05