Asam Pedas Ikan | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resepi penuh Asam Pedas Ikan di: http://www.icookasia.com/asam-pedas-ikan/

Bahan-bahan

3 keping ikan gerut (boleh gantikan dengan ikan lain ikut citarasa masing-masing)
3 biji bawang merah
10tangkai cili kering
1/2 inci halia
1/4 sudu kecil lada hitam
1/2 in kunyit hidup
2 ulas bawang putih
Belacan

Untuk Bahan tumis

1/2 bawang besar-hiris
1 sudu kecil halba campur (halba, biji sawi, jintan manis dan jintan putih)
2 tangkai daun kari
1 serai-diketuk
1/2 batang bunga kantan
Air asam jawa
1 biji tomato- belah 2
5 batang kacang bendi (boleh digantikan dgn terung)
Garam dan gula jika suka
Serbuk perasa Secukup Rasa
100ml air
100ml minyak

Cara membuat

1. Mula-mula hiris bawang merah, masuk ke dalam mesin pengisar bersama cili kering, halia, lada hitam, kunyit hidup, bawang putih, belacan dan air. Kisar hingga hancur.

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan daun kari, serai, bawang besar dan halba campur. Tumis hingga naik bau

3. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sehingga garing. Selepas itu, masuk air asam jawa dan air. Didihkan sebentar

4. Akhir sekali masukkan ikan, kacang bendi, garam, gula, serbuk perasa, bunga kantan dan tomato

5. Asam pedas ikan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Asam Pedas Ikan | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: