Resipi Kek Batik Yang Sedap dan Memuaskan | iCookAsia

Siapa yang tidak meminati kek batik? Ianya merupakan resepi kek mudah dan sangat menggiurkan! Sesuai untuk santapan ringan atau sebagai pencuci mulut.

Bahan-bahannya:
Biskut Marie (dipatahkan dua) (175 gram)
Mentega (125 gram)
Susu Pekat (195 gram)
Milo (100 gram)
Serbuk Koko (13 gram)
Kismis - Jika mahu
Almond Nib (panggang terlebih dahulu) - Jika mahu

Cara membuat:
1. Cairkan butter terlebih dahulu dengan menggunakan api yang sederhana. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
2. Masukkan milo dan serbuk koko. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan biskut marie, dan gaul sehingga biskut disaluti campuran milo. Tutup api.
3. Masukkan kismis dan almond nib. Gaul sebati.
4. Tuang ke dalam loyang yang telah dilapik plastic. Susun dan tekan biskut sehingga padat.
5. Akhir sekali, sejukkan di dalam peti ais selama 2 jam. Kemudian, kek batik bolehlah di potong dan dihidang.

Jom dapatkan barangan dapur di - https://shop.icookasia.com/

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]

#KekBatik #Sedap #BiskutMarie

Video thumbnail

Thumbnail: Resipi Kek Batik Yang Sedap dan Memuaskan | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: