Resepi Laksa Johor | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resipi penuh Laksa Johor di: http://www.icookasia.com/laksa-johor-2/

Mencari kuali dan peralatan memasak? Dapatkannya disini: http://ho.lazada.com.my/SHcKCm

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

1) 1 paket Spagetti
2) 500 gm ikan sardin segar
3) 3 sudu besar rempah kari ikan
4) 2 sudu besar udang kering(dikisar sehingga halus menggunakan pengisar kering)
5) 5 ulas bawang kecil
6) 3 ulas bawang putih
7) 1 inci halia (dikisar bersama bawang kecil dan bawang putih sehingga halus bersama sedikit air)
8) 1 cawan santan
9) 2 sudu besar kerisik
10) 1 sudu besar cili kisar
11) Minyak utk menumis
12) 6 keping asam keping
13) Air secukupnya untuk merebus ikan
14) Sedikit gula dan garam

Bahan-bahan bagi ulaman pula adalah:

1) 1 ikat kacang panjang
2) 1 batang timun dihiris nipis
3) Sambal belacan
4) 1 ikat daun kesum dihiris halus
5) 1 batang bunga kantan dihiris
6) 1/2 cawan taugeh
7) 2 biji limau kasturi
8) 1 biji bawang besar(dimayang nipis)
9) 1 batang cili merah(dihiris)

Cara membuat

1. Mula-mula didihkan air, masukan sedikit minyak masak dan rebus spageti sehingga lembut.angkat dan toskan

2. Kemudian rebus ikan bersama asam keping sehingga masak. Asingkan tulang dan isi ikan. Kisar sehingga halus bersama campuran air rebusan ikan tadi.

3. Selepas itu, panaskan periuk. Tuang sedikit minyak untuk menumis, masukan bawang kecil, bawang putih dan halia yang telah dikisar tadi. Kacau sehingga sedikit garing,
masukan rempah kari ikan, air rebusan ikan, cili kisar dan udang kering yang telah dikisar. Kacau seketika dan tambah sedikit air jika terlalu kering

4. Seterusnya masukan santan, kerisik, asam keping, garam, gula, isi ikan, daun kesum dan bunga kantan. Biarkan kuah mendidih seketika atau sehingga pekat.

5. Hidangkan spageti yang telah direbus di dalam mangkuk bersama kuah dan ulam-ulaman yang telah dimayang halus. Laksa Johor sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Laksa Johor | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: