Resepi Sayur Lodeh | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resipi penuh Lodeh di: http://www.icookasia.com/lodeh/

Bahan-bahan

3 batang kacang panjang dipotong 3cm
½ batang lobak merah dihiris memanjang 3cm
100gm kubis dipotong kecil.
2 keping tauhu
2 keping tempe (digoreng separuh masak)
100gm tauhu kering (fucuk)
50gm suhun
2 tangkai serai, dititik
250ml santan pekat
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
3 cawan air
Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar

3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 biji cili padi
2 biji cili merah
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit
3 sudu besar udang kering

Cara membuat

1. Mula-mula, masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi, cili merah, halia, lengkuas, kunyit, udang kering dan sedikit air ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan kisar bersama serai sehingga naik bau dan pecah minyak.

3. Kemudian masukkan santan pekat bersama air dan kacau rata.

4. Selepas itu, masukkan kacang panjang, lobak, tauhu, tempe, kubis, tauhu kering, suhun, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan tutup sebentar sehingga mendidih.

5. Lodeh sedia dihidang bersama bersama nasi impit, sambal tumis dan telur rebus. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Sayur Lodeh | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: