Roti Tisu | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resepi penuh Roti Tisu di: http://www.icookasia.com/roti-tisu/

Bahan-bahan

450gm tepung
1 biji telur
Sedikit garam
2 sudu kecil gula
30 gram majerin
1 sudu besar susu pekat
150 ml air sejuk
Minyak dan marjerin utk salutan dan mengoreng secukupnya

Cara membuat

1. Mula-mula campurkan garam, gula dan tepung. Kacau rata dan buat lubang ditengahnya.

2. Kemudian campurkan susu bersama air. Kacau rata dan ketepikan dahulu

3. Pecahkan sebiji telur, pukul ringan dan tuangkan dibahagian tengah tepung tadi bersama marjerin dan bancuhan susu.

4. Uli sehingga sebati dan menjadi doh yang licin. Jika terlalu lembut tambahkan sedikit tepung.

5. Kemudian ambil sedikit doh dan bentukkan menjadi bulat seperti bebola. Sapukan sedikit marjerin dan simpan di dalam peti sejuk selama 8 jam. Pastikan ia disimpan di dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab ataupun plastik wrap.

6. Setelah itu, ambil 1 biji doh, canaikan nipis, sapukan sedikit mentega dan taburkan sedikit gula diatasnya. Goreng di atas kuali leper sehingga garing. Setelah agak garing, terbalikkan supaya masak rata kedua-dua bahagian dan gulungkan. Jika mahu boleh juga dibentukkan menjadi bulat atau berbentuk kon mengikut citarasa masing-masing.

7. Roti tisu sedia untuk dihidang bersama kuah dhall, selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Roti Tisu | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: