PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5 -KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
- LinnZack
- 00:05:40
JOM BELAJAR BERSAMA CIKGU LINNZACK
HASIL PENGGUNAAN PERISIAN ATAS TALIAN CANVA .COM
Video ringkas tetapi padat dengan info sesuai buat tontonan murid-murid sekolah rendah.
VIDEO PDPC BERPANDUKAN DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH RENDAH (KPM).
JOM TONTON BERSAMA-SAMA.
Video link
https://youtu.be/KwppX52EN_Q
- Pendidikan Kesihatan (SK) Tahun 5
Matapelajaran Pendidikan Kesihatan (SK) Tahun 5 - Unit1
Permata hatiku.
STANDARD KANDUNGAN
1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat.
STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.1 Mengetahui sistem reproduktif lelaki dan perempuan.
1.1.2 Memahami fungsi organ dalam sistem reproduktif lelaki dan perempuan.
1.1.3 Mengetahui persenyawaan dalam asas kejadian manusia.
1.1.4 Memahami kaitan kitaran haid dengan persenyawaan.
TAHAP PENGUASAAN
1.Menyatakan organ dalam sistem reproduktif lelaki dan perempuan.
2 .Menerangkan fungsi organ dalam sistem reproduktif lelaki dan perempuan.
3 .Menjelaskan dengan contoh fungsi organ reproduktif manusia dalam proses persenyawaan.
4. Menghubungkaitkan fungsi organ reproduktif perempuan dengan kitaran haid.
5. Merumuskan kaitan antara kitaran haid dengan persenyawaan dalam asas kejadian manusia.
6.Menyampaikan maklumat kepada orang lain tentang kitaran haid dan persenyawaan dalam asas kejadian manusia.
Penghasilan video, berdasarkan buku teks dan DSKP yang telah ditetapkan namum diolah oleh guru bagi memudahkan guru mengajar dan murid faham secara menyeluruh tentang proses persenyawaan manusia.
Sistem reproduktif lelaki dan sistem reproduktif perempuan.Kenali perbezaan dan fungsi-fungsinya.
LINK VIDEO :- https://youtu.be/KwppX52EN_Q
music :- https://www.bensound.com
gambar : google image
video rujukan :- https://www.youtube.com/watch?v=26JRmV_SYn0
perisian/aplikasi :- Canva. com, Camtasia
Thumbnail: PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5 -KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF