Tahap I (2022) | Sains (Tahun 3): Asid dan Alkali
- ntv7malaysia
- 00:27:42
Tajuk: Sains (Tahun 3): Asid dan Alkali
Guru: Suhaifi Md Saad
Episod ini membincangkan topik Asid dan Alkali (Sains Tahun 3). Bagi segmen pertama, hos akan melakukan gimik lakonan ‘kotak 1001’ rasa. Guru akan menerangkan dan menunjukkan kertas litmus dan mendemonstrasi perubahan warna kertas litmus kepada bahan berasid, beralkali dan neutral. Hos kemudian akan melengkapkan jawapan sifat kimia bahan pada kadbod yang disediakan.
Segmen kedua, hos akan melakonkan gimik baru pulang dari pasar sambil membawa barang yang telah dibeli untuk menjalankan penyiasatan asid, alkali dan neutral menggunakan kertas litmus. Guru membimbing hos menjalankan penyiasatan ringkas dan mencatatkan keputusan pada jadual yang disediakan. Guru kemudian menekankan bahawa sifat bahan dapat ditentukan oleh deria rasa dan sentuhan.
Bagi segmen ketiga, hos akan melakukan gimik terkena sengatan lebah dan guru memberi rawatan awal denga meletakkan cuka. Guru kemudiannya akan menerangkan kegunaan bahan berasid, beralkali dan neutral dalam kehidupan seharian. Guru akan mengakhiri rancangan dengan nyanyian lagu ‘Asid dan Alkali.
#DidikTV #TahapI
Thumbnail: Tahap I (2022) | Sains (Tahun 3): Asid dan Alkali