Resepi Lemon Chicken | Seismik Makan
- Seismik Makan
- 00:01:41
Macam ni caranya untuk masak Lemon Chicken lagi sedap daripada di restoran. =)
RESIPI PENUH: http://bit.ly/resipilemonchicken
Jangan lupa subscribe untuk lebih banyak video menarik seperti ini!
--
Bahan-bahan (perapan ayam):
- Paha ayam (dipotong)
- 2 biji telur
- 2 sudu besar kicap masin
- 1 sudu kecil lada sulah
- Tepung jagung
- Ziplock bag
Bahan-bahan (sos):
- 1 cawan stok ayam
- 4 sudu besar madu
- 2 sudu besar gula
- 4 sudu besar jus lemon
- 1 sudu kecil kicap masin
- 1/4 sudu kecil garam
- Hirisan lemon
Bahan-bahan (topping):
-Bijan
-Daun bawang
Cara-cara:
1. Perap ayam dengan telur, kicap masin dan lada sulah selama 30 minit.
2. Masukkan ayam ke dalam ziplock bag dan masukkan tepung jagung.
3. Goncang hingga ayam disalut tepung.
4. Goreng hingga keemasan.
5. Untuk sos, didihkan stok ayam dan masukkan madu, gula, jus lemon, kicap masin, garam dan hirisan lemon.
6. Biar didih hingga pekat.
7. Hidangkan ayam dengan sos lemon, daun bawang dan bijan.
--
Muzik: Scott Joplin - The Entertainer
Kru: Julie Mokhtar, Sarah Mokhtar, ShinLing Eyu
Thumbnail: Resepi Lemon Chicken | Seismik Makan