Resepi Ungkep Ayam | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resipi penuh Ungkep di: http://www.icookasia.com/ungkep-ayam/

Bahan utama yang diperlukan:

½ ekor ayam, dipotong 6 bahagian

Bahan untuk dikisar

2 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
12 biji cili padi

Bahan untuk tumis pula:

sedikit halia (dihiris nipis)
1 liter air
2 batang serai
sedikit minyak
Garam secukupnya

Cara membuat

1. Mula-mula, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili padi dan sedikit air ke dalam mesin pengisar. Kisar semua bahan sehingga halus.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan halia yang dihiris nipis sehingga garing, kemudian masukkan serai dan ayam. Goreng selama satu minit.

3. Selepas itu, masukkan bahan kisar tadi dan masak sehingga mendidih. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan ayam hancur.

4. Perasakan dengan sedikit garam. Tambahkan sedikit air jika perlu.

5. Biar sehingga kuah pekat dan ayam ungkep sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Ungkep Ayam | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: