Resepi Sayur Campur Udang | Stir-Fried Broccoli & Shrimp Recipe | Seismik Makan

Minggu ini kami ajar korang macam mana nak hasilkan sayur goreng yang sangat simple di rumah dengan hanya menggunakan bahan-bahan basic dan sos tiram sebagai perasa. Sempoi sangat!

Resepi ini sesuai bila anda rasa malas untuk masak makan malam. Hidangan ini boleh disiapkan kurang daripada 15 minit dengan hanya menggunakan satu kuali sahaja. Nak kemas pun senang.

-----

Dapatkan pelbagai lagi resipi-resipi lazat & ringkas di sini:
'Like' kami di Facebook: https://bit.ly/smakanfb
'Follow' kami di Instagram: http://bit.ly/smakaninsta

-----

RESEPI PENUH

Bahan-bahan

1 mangkuk udang
1 cawan brokoli
1 batang lobak merah
½ cawan jagung muda
1 cili merah
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
Lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara

1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan udang dan goreng sehingga udang bertukar kepada warna kemerahan terang. Keluarkan udang dan ketepikan.
2. Dalam kuali sama, masukkan bawang, lobak merah, bawang putih dan cili merah. Gorengkan seketika.
3. Masukkan jagung muda dan brokoli. Gorengkan seketika.
4. Masukkan balik udang goreng, sos tiram, lada hitam dan garam. Gorengkan seketika.
5. Sayur Campur Udang sudahpun siap untuk dihidang!

-----

Kredit

Muzik:
marmosetmusic.com

Kru:
Producer - Ihsan Ihsani
Chef - Ihsan Ihsani
Videographer & Editor - Shin Ling Eyu

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Sayur Campur Udang | Stir-Fried Broccoli & Shrimp Recipe | Seismik Makan

Seismik Makan

Senarai Video

Kongsi video ini ke: