Menengah Atas (2022) | Kimia (Tingkatan 5): Sebatian Karbon [R]

Tajuk: Kimia (Tingkatan 5): Sebatian Karbon [R]
Guru: Nurul Hanim Ismail
Episod ini berkonsepkan aktiviti hands-on bagi menyiasat sifat kimia alkana dan alkena. Terdapat 2 tindak balas melibatkan alkana yang akan dibincangkan, iaitu tindak balas pembakaran dan penukargantian. Manakala untuk alkena 6 sifat kimia akan dibincangkan, iaitu tindak balas pembakaran, penghidrogenan, penghalogenan, penambahan hidrogen halida, penghidratan dan pengoksidaan. Murid akan diberikan penekanan terhadap kemahiran-kemahiran proses sains seperti memerhati, mengelaskan, membuat inferens dan mentafsir data. Selain daripada itu, murid juga akan diberi penekanan terhadap kemahiran manipulatif seperti cara menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dan bahan-bahan eksperimen dengan betul. Murid akan dibimbing untuk menjalankan eksperimen mengikut prosedur yang betul dan seterusnya merumuskan sifat kimia alkana dan alkena berdasarkan data eksperimen.

#DidikTV #MenengahAtas

Video thumbnail

Thumbnail: Menengah Atas (2022) | Kimia (Tingkatan 5): Sebatian Karbon [R]

ntv7malaysia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: