Menengah Atas (2022) - Klip | Matematik (Ting. 4) - Aktiviti Pengukuhan

Tajuk : Matematik (Tingkatan 4): Kebarangkalian Peristiwa Bergabung - Aktiviti Pengukuhan
Guru : Sanqeetha Kunasaikaran
Episod ini akan mendedahkan murid mengenai kebarangkalian bergabung. Pada segmen satu, murid akan membuat aktiviti mendapatkan kebarangkalian bagi sesuatu peristiwa bergabung. Pada segmen dua, murid akan didedahkan dengan peristiwa bersandar dan tidak bersandar. Murid juga akan menentusahkan rumus kebarangkalian bagi peristiwa bergabung. Murid juga akan menjawab beberapa soalan ulangkaji mengenai peristiwa bergabung ini. Di segmen ketiga, murid akan didedahkan terlebih dahulu dengan peristiwa eksklusif dan tidak eksklusif.Murid juga akan menentusahkan rumus berkenaan dengan peristiwa eksklusif dan tidak eksklusif. Murid akan menjawab soalan yang berkaitan dengan peristiwa ini. Pada segmen terakhir, murid akan menjawab soalan lanjutan kebarangkalian bagi peristiwa bergabung. Murid juga merumuskan pembelajaran dengan guru pada akhir episod ini.

#DidikTV #MenengahAtas

Video thumbnail

Thumbnail: Menengah Atas (2022) - Klip | Matematik (Ting. 4) - Aktiviti Pengukuhan

ntv7malaysia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: