SAINS TAHUN 4 : PELBAGAI BENTUK TENAGA ( sains terkini )
- Akhyar Arzmi
- 00:08:53
Klik Soalan Uji Minda : https://forms.gle/98rNQHVRPx13H8tr6
TEMA : SAINS FIZIKAL
Tajuk : 7.0 Tenaga
7.1 Sumber dan Bentuk Tenaga
7.1.1 Menyatakan maksud tenaga
7.1.2 Memerihalkan pelbagai sumber tenaga melalui pemerhatian menerusi pelbagai media.
7.1.3 Menjelaskan dengan contoh pelbagai bentuk tenaga.
7.1.4 Menjelaskan melalui contoh perubahan bentuk tenaga dalam kehidupan seharian.
7.1.5 Mengitlak tenaga tidak boleh dicipta dan tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh berubah bentuk.
Terdapat pelbagai bentuk tenaga di sekeliling kita. Mari kenali
bentuk-bentuk tenaga dalam setiap situasi di bawah.
Tenaga suria ialah tenaga yang diperoleh daripada Matahari.
Tenaga cahaya ialah tenaga yang dihasilkan
oleh objek yang memancarkan cahaya.
Tenaga bunyi dihasilkan
oleh objek yang bergetar.
Tenaga haba ialah tenaga yang tersimpan pada objek
yang mempunyai kepanasan.
Tenaga elektrik ialah tenaga yang
mengalir dalam litar elektrik
yang lengkap.
Tenaga kimia ialah tenaga yang tersimpan dalam bahan seperti makanan,
bahan api fosil, biojisim atau bateri.
Tenaga kinetik ialah tenaga yang dipunyai oleh
objek yang bergerak.
Tenaga keupayaan ialah tenaga yang tersimpan pada objek yang
berada pada sesuatu ketinggian, diregangkan atau dimampatkan.
Tenaga nuklear ialah tenaga yang
terkandung dalam bahan nuklear
seperti uranium.
sains
Thumbnail: SAINS TAHUN 4 : PELBAGAI BENTUK TENAGA ( sains terkini )