sains tahun 4 : HAIWAN VERTEBRATA DAN HAIWAN INVETEBRATA
- Akhyar Arzmi
- 00:11:41
Link Soalan Uji Minda : https://forms.gle/CzSRMuVBBSJgDbk59
SAINS TAHUN 4 : HAIWAN VERTEBRATA DAN HAIWAN INVETEBRATA
sains tahun 4 unit 3
3.2 Haiwan Vertebrata
3.2.1 Menyatakan maksud haiwan vertebrata dan invertebrata.
3.2.2 Memberi contoh haiwan vertebrata dan invertebrata.
3.2.3 Mengelaskan haiwan vertebrata berdasarkan ciri khusus bagi mamalia, reptilia, amfibia, burung dan ikan.
3.2.4 Menjelaskan pemerhatian tentang haiwan vertebrata melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif.
Haiwan Vertebrata dan Haiwan Invertebrata
Tahukah kamu ada haiwan yang mempunyai tulang belakang dan
haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang?
Ular ialah contoh haiwan vertebrata kerana mempunyai
tulang belakang. Cacing pula ialah contoh haiwan
invertebrata kerana tidak mempunyai tulang belakang.
Ciri-ciri Khusus Haiwan Vertebrata
Selain organ pernafasan, cara pembiakan, litupan badan dan habitat
juga ialah ciri-ciri khusus yang boleh digunakan untuk mengelaskan
haiwan. Berdasarkan ciri-ciri khusus tersebut, haiwan vertebrata boleh
dikelaskan kepada mamalia, reptilia, amfibia, burung dan ikan.
Mamalia
• Organ pernafasan: peparu dan kulit lembap
• Cara pembiakan: bertelur
• Litupan badan: kulit lembap
• Habitat: darat dan air
• Contoh: katak, sesilia
Amfibia
• Organ pernafasan: peparu
• Cara pembiakan: melahirkan anak
• Litupan badan: berbulu halus
• Habitat: darat
• Contoh: rusa, kucing
Ikan
• Organ pernafasan: insang
• Cara pembiakan: bertelur
• Litupan badan: bersisik
• Habitat: air
• Contoh: ikan puyu, ikan emas
Burung
• Organ pernafasan: peparu
• Cara pembiakan: bertelur
• Litupan badan: berbulu pelepah
• Habitat: darat
• Contoh: ayam, burung bangau
Reptilia
• Organ pernafasan: peparu
• Cara pembiakan: bertelur
• Litupan badan: bersisik atau berkulit keras
• Habitat: kebanyakannya di darat
• Contoh: kura-kura, buaya
Platipus ialah haiwan mamalia yang unik kerana platipus bertelur tetapi
menyusukan anaknya. Platipus menghabiskan masanya lebih lama
di air berbanding dengan di darat.
Paus hidup di laut tetapi
dikelaskan sebagai haiwan mamalia
kerana dapat melahirkan anak dan
bernafas dengan menggunakan peparu.
#sainstahun4 #sains #akhyararzmi #pdpr #haiwanvertebrata #upsr #kssr
Thumbnail: sains tahun 4 : HAIWAN VERTEBRATA DAN HAIWAN INVETEBRATA