Tahap I (2022) | Sains (Tahun 2): Tumbesaran Tumbuhan [R]
- ntv7malaysia
- 00:32:34
Tajuk: Sains (Tahun 2): Tumbesaran Tumbuhan [R]
Guru: Suhaifi Md Saad
Episod ini membincangkan topik Tumbesaran Tumbuhan (Sains Tahun 2). Untuk segmen pertama, hos akan lakonkan gimik menyemai biji benih. Kemudiaannya guru akan menerangkan keperluan asas yang diperlukan supaya biji benih bercambah melalui slaid powerpoint. Seterusnya, guru akan meminta hos untuk melengkapkan keperluan asas tumbuhan tumbuhan pada jadual yang telah disediakan.
Segmen kedua, hos akan melakonkan gimik dengan kelihatan teruja kerana pokok yang ditanam telah membesar. Guru akan mengajak hos untuk melakukan aktiviti ‘menanam biji benih kacang hijau’ bagi merekodkan perubahan yang berlaku ketika tumbuhan membesar. Guru akan membimbing hos membuat kesimpulan perubahan yang berlaku apabila tumbuhan membesar.
Bagi segmen ketiga, guru akan melakonkan gimik ringkas dan menerangkan kepentingan tumbuhan kepada manusia dan haiwan. Hos kemudiaannya akan melengkapkan jadual kepentingan tumbuhan dengan bimbingan guru. Guru akan mengakhiri rancangan dengan nyanyian lagu ‘Tumbesaran Tumbuhan’.
#DidikTV #TahapI
Thumbnail: Tahap I (2022) | Sains (Tahun 2): Tumbesaran Tumbuhan [R]