PANDUAN MEMULAKAN PADLET (Khas Untuk Guru)
- Cikgu Dess2020
- 00:05:21
Padlet adalah satu aplikasi online yang mudah diguna. Penggunaannya kini semakin meluas terutama bagi tujuan pembelajaran kolaboratif. Penggunaan aplikasi Padlet dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu alternatif dalam meningkatkan pencapaian dan prestasi murid. Padlet merupakan satu aplikasi internet yang membolehkan murid menyiarkan pendapat mereka dengan nota lekat elektronik pada dinding digital yang dikongsi bersama-sama. Murid boleh menaip huruf bagi setiap nota lekat elektronik yang boleh menggabungkan imej, audio atau video menggunakan pautan alamat web yang sesuai. Padlet ni macam noticeboard, macam juga galeri. 'Collaborators' atau penyumbang boleh meletakkan gambar, 'link', video, nota dan pautan. Kemudian hasilnya boleh disimpan dalam pelbagai bentuk.
Padlet juga boleh digunakan untuk mencatat nota peribadi, senarai perkara yang perlu dilakukan, koleksi maklum balas dan sebagainya. Dengan penggunaan aplikasi ini, ia membolehkan murid lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan dunia teknologi maklumat yang ingin diterapkan dalam diri agar murid kita lebih maju dan tidak hanya bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran secara tradisional.
Antaramuka Padlet sangat mudah dan ringkas. Ia benar-benar mewakili sebuah dinding kosong yang membolehkan pengguna mengisi atau menulis pelbagai perkara yang dikehendaki seperti mengemukakan pendapat berdasarkan soalan yang diberikan oleh guru.
Padlet - Alternatif Perbincangan & Perkongsian Ilmu
Penggunaan telefon pintar pada abad ini semakin meluas kerana mempunyai ciri perkomputeran maju dan ketersambungan yang luas berbanding telefon bimbit biasa. Kewujudan pelbagai aplikasi kiriman pesanan yang percuma seperti Whatsapp, Telegram, Line, dan Wechat menjadikan perhubungan antara guru dan murid lebih mudah.
Padlet juga tampil dengan aplikasi Padlet sebagai alternatif khas untuk ativiti dan perbincangan melibatkan pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan Padlet sangat sesuai untuk perbincangan dan perkongsian bahan-bahan ilmiah. Ianya lebih menarik kerana setiap status yang dimuat naik oleh murid boleh dinilai dengan bilangan bintang serta murid lain termasuk guru boleh meninggalkan sebarang komen di status tersebut. Ianya hampir sama seperi laman muka buku. Murid boeh berkongsi dan berhujah pendapat masing-masing. Situasi ini secara tidak langsung mampu mewujudkan satu kelompok murid yang berfikir secara kritis. Perbincangan menerusi Padlet ini lebih efektif berbanding aplikasi Whatsapp dan juga Telegram. Ini kerana murid boleh berbincang tanpa ada gangguan pesanan lain dalam aplikasi ini. Murid juga boleh berbincang dengan bantuan gambar, video, dan dokumen untuk menyokong hujah mereka. Aplikasi ini juga boleh dihubungkan dengan aplikasi Google Classroom. Kelebihan ini dapat digunakan untuk memberikan markah mengikut komitmen murid.
Siapakah 'collaborators' atau penyumbang itu?
Pertama, perlu ada admin, iaitu cikgu. Cikgu akan bina Padlet ini, pilih gambar latar belakang, tajuk dan 'layout'.
Kemudian, penyumbang akan dijemput. Ada 2 cara:
A. by email.
B. berikan sahaja link.
Kelebihan menggunakan email ialah untuk setiap sumbangan (post), nama penyumbang akan tertera. Jadi mudah untuk guru mengenal pasti penyumbang bahan. Jika berlaku masalah, boleh juga berikan sahaja link.
Adakah penyumbang boleh mengubahsuai bahan-bahan sumbangan ahli lain?
Ya. Jika guru sebagai admin tidak menghadkan interaksi, maka boleh terjadi bahan sumbangan penyumbang boleh diubahsuai/dipadam oleh penyumbang lain. Guru boleh menentukan had akses samada 'can view only', 'can edit', dan sebagainya.
Siapakan yang boleh menurunkan komen?
Guru dan penyumbang. Penyumbang boleh mengemukakan pendapat sementara guru pula boleh memberikan maklum balas.
Bagaimanakah aktiviti Padlet ini boleh dikaitkan dengan Flipped Classroom.
Guru boleh berikan tugasan ini sebelum kelas bermula, contohnya sehari sebelum, seminggu sebelum. Kelebihan Padlet ialah murid boleh menghantar bahan daripada smartfon. Semudah hantar gambar, nota, pautan dan sebagainya.
Bila masuk kelas, hasil sumbangan dipaparkan dan sudah menjadi sumbangan pembelajaran daripada murid. Boleh juga menjadi set induksi yang mana murid berkongsi pengetahuan sedia ada mereka. Kemudian, PdPc berlaku dan murid boleh menambah lagi bahan jika ada. Jadi pembelajaran tetap berlaku dari masa ke semasa. Jika guru hendak menutup Padlet itu agar tidak lagi diubah dan ditambah, akses boleh ditutup.
Padlet ini juga digunakan untuk mendapatkan maklum balas murid tentang kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan sepanjang tahun. Aplikasi ini lebih mudah dan pantas kerana tidak perlu menyediaan sebarang bahan bercetak untuk mendapatkan maklum balas ini.
#kitabantukita
#zepetofan
#padlet
#guruict
#gurusains
#sains
#normabaharu
#pembelajaraninteraktif
#GuruLiterasiDigital
#GoogleClassroom
#VideoTrailer
#kitajagakita
#AkademiYoutuber
#cikgootube
Thumbnail: PANDUAN MEMULAKAN PADLET (Khas Untuk Guru)