Pecutan Akhir Perakaunan Semester 2 2022 #AnalisisSTPM S2/U2#Tips teknik menjawab#Topikpenting

Perakaunan STPM mempunyai 18 topik yang perlu dipelajari dalam tiga semester bagi pelajar tingkatan 6. Setiap semester akan mempelajari 6 topik. Semester 1 mula dengan topik 1 hingga 6, Semester 2 pula sambung topik 7 hingga 12, manakala Semester 3 terdiri daripada 6 topik, iaitu topik 13 hingga 18.


Perakaunan STPM Semester 2 terdapat 6 bab yang merangkumi topik Asas perakaunan pengurusan dan kos, Kaedah pengekosan, Pengekosan marginal dan serapan, Analisis Kos-Voulum-Untung (KVU), Pembuatan keputusan dan Pengekosan piawai.

Enam topik ini lebih fokus kepada perakaunan pengurusan dan kos bagi barang-barang perkilangan dan perkhidmatan.

Pengiraan kos seunit produk atau perkhidmatan dan mengira jumlah kos produk atau perkhidmatan bertujuan menentukan harga jualan seunit. Ini membantu pihak pengurusan untuk membuat keputusan bagi menentukan harga jualan dan mengirakan volum/kuantiti serta untung yang diingini.

Konsep ini amat penting bagi pihak pengurusan bagi membuat perancangan, membuat keputusan, kawalan serta dapat menilai prestasi perniagaan dengan menggunakan pengekosan piawai. Bagi menentukan kos seperti bahan mentah, buruh atau overhed yang manakah menyebabkan keputusan yang tidak memuaskan, pengiraan varians boleh diambil kira dan mengambil tindakan susulan untuk membaiki ketidakpuasan bagi kos-kos tersebut.


Dengan mengambil semua langkah dan tindakan, pihak pengurusan dapat meningkatkan lagi prestasi perniagaan dan perniagaan dapat terus maju dan mendapatkan keuntungan yang lebih lumayan.


Di sini, cikgu berkongsi soalan peperiksaan percubaan kolej tingkatan enam cikgu sebagai PECUTAN AKHIR PERAKAUNAN SEMESTER 2 2021 bagi video ini. Sila tonton, like, share and subscribe sebagai tanda sokongan. Terima kasih.


Video-video lain semester 2 boleh menonton melalui pautan playlist di bawah.

1. Ulangkaji Perakaunan Semester 2 (nota ringkas)
https://youtube.com/playlist?list=PLJ5i6mu-R0P1fthP0w6XX3pDZTSKmwhsq


2. Sem 2 Kolaborasi Perakaunan
https://youtube.com/playlist?list=PLJ5i6mu-R0P25YyJKAFxkl16zmd4-ZghE


3. LIVE Perakaunan Tingkatan 6 Sem 2/U2
https://youtube.com/playlist?list=PLJ5i6mu-R0P1FHORBT8SZoXxE85ypfNXW


4. Video WOW Perbincangan Latihan Pengukuhan Kelas LIVE https://www.youtube.com/playlist?list=PLJ5i6mu-R0P0x_sO9Xz8X6aFe2BcdUjOU


Semoga guru dan pelajar mendapat manfaat dan dapat berkongsi kepada lebih ramai pelajar yang memerlukannya. Semoga semua pelajar perakaunan dapat lulus peperiksaan STPM dengan cemerlang dan gemilang.

Video thumbnail

Thumbnail: Pecutan Akhir Perakaunan Semester 2 2022 #AnalisisSTPM S2/U2#Tips teknik menjawab#Topikpenting

Mei Har Yee

Senarai Video

Kongsi video ini ke: