Tahap I (2022) | Bahasa Melayu (Tahun 3): Kedai Dobi Layan Diri [R]
- ntv7malaysia
- 00:30:28
Tajuk: Bahasa Melayu (Tahun 3): Kedai Dobi Layan Diri [R]
Guru: Roslawati Abdul Rani
PdP kali ini bertujuan untuk memberikan penerangan kepada murid untuk membaca, mengenal pasti maklumat serta membuat penerangan berdasarkan manual yang dibaca dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kemahiran yang ditekankan ialah kemahiran 2.3.2 Membaca dan mempersembahkan karya bukan sastera dan karya sastera dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai; (ii) manual
Murid akan membaca maklumat yang terdapat dalam manual dan membuat penerangan tentang manual tersebut. Episod ini berkonsepkan pembelajaran interaktif dengan murid berdasarkan bahan sumber yang disediakan oleh guru yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu SK dan SJK. Pembelajaran ini melibatkan aktiviti secara individu dan aktiviti berpasangan.Murid akan berinteraksi dengan bahan dan pasangan untuk membaca manual dan membuat penerangan tentang manual dengan betulnya.
#DidikTV #TahapI
Thumbnail: Tahap I (2022) | Bahasa Melayu (Tahun 3): Kedai Dobi Layan Diri [R]