Burger Bakar | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:02:58
Dapatkan resipi penuh Burger Bakar di: http://www.icookasia.com/burger-bakar/
Bahan-bahan
1. 2 biji Roti Burger
2. 400 gm daging cincang
3. 1 biji telur
4. ½ sudu besar serbuk cili
5. ½ sudu besar serbuk jintan putih
6. ½ sudu besar serbuk kasar lada hitam
7. Marjerin
8. Salad hijau
9. Bawang besar - dihiris bulat
10. Tomato – dihiris bulat
11. Timun – dihiris bulat
12. 4 keping keju
13. Cili sos
14. Sos Tomato
15. Sos lada hitam
Cara membuat
1. Mula-mula belah roti pada bahagian tengah dan sapukan sedikit marjerin. Selepas itu bakar lebih kurang ½ minit dan ketepikan dahulu.
2. Untuk membuat dagingnya, campurkan daging bersama serbuk jintan putih, serbuk lada hitam dan serbuk cili. Kacau rata. Kemudian pecahkan sebiji telur dan kacau lagi sehingga semuanya sebati.
3. Selepas itu, ambil doh daging sebanyak 200 gm dan bentukkan bulat dengan ketebalan lebih kurang 2 cm.
4. Cairkan sedikit marjerin dan letakkan daging tadi. Bakar sehingga masak tetapi tidak kering lebih kurang 3 sehingga 5 minit.
5. Setelah itu, ambil bahagian bawah roti dan letakkan salad, tomato, timun, bawang besar, daging, keju,sos cili, sos tomato, sos lada hitam dan mayonis. Tutupkan dengan roti bahagian atas. Burger bakar sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Thumbnail: Burger Bakar | Try Masak | iCookAsia