Sumber Tenaga Elektrik : Sains Tahun 5

Klik Soalan Uji Minda : https://forms.gle/TLvAHyYTbj1szPJ67

5.0 ELEKTRIK
5.1
Sumber Tenaga
Elektrik

5.1.1
Menjelas dengan contoh sumber yang menghasilkan tenaga elektrik.

5.2
Litar Bersiri dan Litar Selari

5.2.1
5.2.2
5.2.3
Mengenal pasti susunan mentol secara bersiri dan selari dalam litar elektrik lengkap.
Melakar rajah litar bersiri dan litar selari menggunakan simbol.
Membanding dan membezakan kecerahan mentol dalam litar bersiri dan litar selari.

5.3
Keselamatan Pengendalian Peralatan dan Penjimatan Elektrik

5.3.1
5.3.2
5.3.3
5.3.4
Menjana idea faktor yang mempengaruhi penggunaan tenaga elektrik dengan menjalankan aktiviti.
Menjelas dengan contoh kesan kecuaian pengendalian peralatan elektrik.
Memerihalkan langkah keselamatan ketika mengendalikan peralatan elektrik.
Menjelaskan pemerhatian tentang keselamatan pengendalian peralatan dan penjimatan elektrik
melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan secara kreatif.

SUMBER TENAGA ELEKTRIK

Kita menggunakan tenaga elektrik dalam kehidupan harian. Tenaga elektrik
digunakan untuk menghasilkan cahaya, haba, bunyi dan menggerakkan
sesuatu objek. Apakah sumber yang menghasilkan tenaga elektrik?

STESEN JANA KUASA
Stesen jana kuasa seperti stesen jana kuasa angin, stesen jana kuasa
ombak dan stesen jana kuasa hidroelektrik menggunakan tenaga kinetik
untuk menggerakkan turbin dan menjanakan tenaga elektrik.

SEL SURIA
Sel suria menukarkan tenaga cahaya matahari
kepada tenaga elektrik. Sel suria digunakan
pada alat seperti satelit dan kalkulator.

SEL KERING
Sel kering
menyimpan tenaga
kimia. Tenaga
kimia ditukarkan
kepada tenaga
elektrik untuk
menggerakkan
alat seperti kereta
mainan. Sel kering
sering digunakan
kerana saiznya kecil
dan mudah dibawa.

DINAMO
Apabila tayar
berputar, roda kecil
pada dinamo turut
berputar. Dinamo
menukarkan
tenaga kinetik
kepada tenaga
elektrik yang dapat
menyalakan lampu
pada basikal.

AKUMULATOR
Akumulator
menukarkan
tenaga kimia
kepada tenaga
elektrik. Akumulator
digunakan untuk
menggerakkan
kenderaan
bermotor seperti
kereta.

PENJANA
Penjana
menukarkan
tenaga kimia
daripada bahan
api fosil kepada
tenaga elektrik.

sains #sumbertenagaelektrik
#sainstahun5
#akhyararzmi

Video thumbnail

Thumbnail: Sumber Tenaga Elektrik : Sains Tahun 5

Akhyar Arzmi

Senarai Video

Kongsi video ini ke: