Resepi Kubis Gulung Isi Ayam | Rolled Cabbage Recipe | SAYS Seismik Makan
- Seismik Makan
- 00:01:38
Resepi Kubis Gulung Isi Ayam ini perfect untuk sesiapa yang nak kurangkan pengambilan carbs dalam diet. Ringkas, murah dan confirm sedap!
Bahan-bahan:
✅ 500 gram daging ayam cincang
✅ 1/4 cawan daun bawang (dihiris)
✅ 3 ulas bawang putih (dicincang)
✅ 1 biji cili merah (dicincang)
✅ 1 biji bawang merah (dicincang))
✅ 1 sudu kecil lada putih
✅ 2 sudu kecil kicap cair
✅ Garam secukup rasa
✅ 1 biji kubis
Cara:
1. Dalam satu mangkuk, gabungkan 500 gram daging ayam cincang, 1/3 cawan daun bawang, 3 ulas bawang putih, 1 biji cili merah, 1 biji bawang merah, 1 sudu kecil lada putih, 2 sudu kecil kicap cair dan garam secukup rasa.
2. Rebuskan 1 biji kubis selama 10 - 15 minit. Ketepikan.
3. Leraikan daun kubis satu per satu (jangan bagi terkoyak okay). Potong bahagian batang keras.
4. Letakkan isi ayam ke atas sehelai daun kubis dan gulung ketat-ketat.
5. Kukuskan kubis gulung selama 10-15 minit.
Kubis gulung isi ayam sudahpun siap untuk dinikmati. Enjoy!
_____
Kredit
Muzik:
artlist.io
Kru:
Producer - Ihsan Ihsani
Chef - Ihsan Ihsani
Videographer & Editor - Shin Ling Eyu
Thumbnail: Resepi Kubis Gulung Isi Ayam | Rolled Cabbage Recipe | SAYS Seismik Makan