CARA KONGSI TUGASAN BERUNSURKAN ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)

CARA KONGSI TUGASAN BERUNSURKAN ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)
#tahukahanda

link video : https://www.youtube.com/watch?v=MYpY0p4LKqg

10 Elemen Merentas Kurikulum (EMK) KSSR (Semakan 2017).
Umum sedia maklum, bermula tahun 2017, bidang kurikulum dalam sistem pendidikan negara kita telah ditambah baik. Aspek yang amat ketara ialah dengan pelaksanaan penambahbaikan kurikulum yang sedia ada bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dikenali sebagai KSSR (Semakan 2017).

KSSR (Semakan 2017) ini menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang telah dikemas kini oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, terdapat perubahan bagi KSSR (Semakan 2017) ini berbanding KSSR yang dahulu (sebelum 2017). Antaranya ialah dari aspek Elemen Merentas Kurikulum atau EMK. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses PdPc selain yang ditetapkan dalam Standard Kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen-elemen dalam EMK KSSR (Semakan 2017) adalah seperti berikut:

01. Bahasa
02. Kelestarian Alam Sekitar
03. Nilai Murni
04. Sains dan Teknologi
05. Patriotisme
06. Kreativiti dan Inovasi
07. Keusahawanan
08. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
09. Kelestarian Global
10. Pendidikan Kewangan

klik link untuk terus membaca
https://www.sistemguruonline.my/2018/01/10-elemen-merentas-kurikulum-emk-kssr-semakan-2017-dengan-grafik-yang-menarik.html

Video thumbnail

Thumbnail: CARA KONGSI TUGASAN BERUNSURKAN ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)

LinnZack

Senarai Video

Kongsi video ini ke: